Sunday, June 14, 2009

Permainan Pertama

Bayi yang sudah besar memerlukan alat-alat permainan yang berbeza dari bayi yang baru lahir.
Disini terdapat beberapa permainan yang akan digemari bayi anda!

Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik

Hiburan terbaik untuk bayi anda adalah diri anda! Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk bayi anda adalah dengan meluangkan masa menemani dan bermain dengannya.

Melalui interaksi yang kerap dengan anda, bayi anda akan menjadi lebih yakin dan tenang dengan persekitarannya. Agak mudah untuk membuat bayi anda terasa gembira dan terhibur.

Berikut adalah cara-cara untuk bermula:

Muka menariknya
Bagi bayi anda, perkara yang paling mengkagumkan ialah muka ibu atau ayah. Bertentangan muka membenarkan bayi anda terhibur dengan wajah berlainan anda – daripada gembira kepada sedih, terkejut kepada licik. Tunjukkan wajah-wajah lucu dan anda pasti akan berasa gembira melihat bayi anda cuba meniru anda!

Tip menarik: Letakkan anak patung berdekatan dengan bayi anda agar dia boleh melihat muka anak patung itu. Anda juga boleh memberikan bayi anda cermin yang kecil dan tidak mudah pecah dan biarkan dia bermain dengan bayangannya sendiri.

Bunyi-bunyi lembut
Kebolehan pendengaran bayi anda begitu pesat, walaupun ketika masih bayi. Dia akan bertindak balas terhadap pelbagai jenis bunyi, namun bunyi yang paling merdu kepadanya ialah suara anda. Bercakap, menyanyi atau bersenandung dengan lembut kepadanya sepanjang hari. Bayi anda akan memberikan respon kepada suara anda dengan berhenti dan mendengar anda. Apabila berusia 6 bulan, dia akan dapat mengesan dari manakah suara anda (atau bunyibunyi lain) datang dan memalingkan kepalanya ke arah bunyi itu.

Tip menarik: Dedahkan bayi anda kepada alat mainan yang berbunyi. Pasang CD muzik untuk bayi anda – muzik klasik atau lagu kanak-kanak merupakan pilihan yang baik. Bagaimanapun, elakkan daripada mendedahkan bayi anda kepada bunyi yang kuat, mengejutkan kerana ini boleh mengganggunya.

Hiasan yang digantungkan
Bayi anda melihat dunia sebagai sesuatu yang mempesonakan dalam pelbagai bentuk dan warna. Dia mempunyai keupayaan untuk memberi tumpuan dan mengikut objek yang bergerak perlahan lahan. Jadi, dedahkan bayi anda kepada objek yang dapat merangsangnya secara visual. Tetapi, pastikan anda meletakkan objek itu jauh dari jangkauannya sebagai langkah keselamatan.

Tip menarik: Beli atau buat perhiasan gantungan yang cerah, dalam bentuk yang ringkas dan menggantungkannya di atas katil bayi anda. Berikan bayi anda pemandangan yang berwarnawarni, dengan corak-corak seperti juraian reben dan bentuk-bentuk yang menarik seperti bintang, empat segi, segitiga dan bulatan.

Sentuhan ajaib
Bayi membesar dengan baik dalam dakapan, pelukan dan ciuman. Ambil peluang membelai, mendodoi, mencium dan memeluk bayi anda merangsang perkembangan emosinya.

Tip menarik: Geletek bayi anda perlahan-lahan semasa memakaikan pakaiannya selepas mandi. Masukkan jari-jari anda melalui rambutnya dan tiup pada perutnya untuk merangsang derianya.

BIARKAN BAYI YANG MEMIMPIN

Apabila menjadi ibu bapa baru, perasaan teruja ketika bersama dengan bayi anda adalah perkara biasa tetapi anda juga perlu membiarkan bayi anda memilih mainannya sendiri. Setiap bayi mempunyai personaliti yang berbeza-beza – sesetengah lebih gemar suasana yang sunyi, aktiviti yang tenang namun ada juga yang lebih gemar permainan yang lasak. Perhatikan apa yang digemari bayi anda dan beri respon mengikut rentaknya. Anda juga perlu memerhatikan tandatanda yang ditunjukkan bayi anda. Jika bayi anda tidak lagi ketawa, menutup matanya atau kelihatan tidak berminat, ini bermaksud anda perlu berhenti bermain untuk hari ini.

SUMBER: MAJALAH POSITIVE PARENTING

Friday, June 12, 2009

Amir….. June 12

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Wajah ceria Amir selepas balik dari Nursery….

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         Hello..Tok ayah apa khabar..Amir seronok bila dapat calling Tok Ayah..

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bila dapat telefon mesti Amir gelakkk…

Wednesday, June 10, 2009

Amir, June 10: car seat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Amir dah Siap pakai baju untuk ke nursery…

OLYMPUS DIGITAL CAMERA         1st time Amir guna car seat..hari ni Umi sendiri hantar Amir ke Nursery

Friday, June 5, 2009

Infeksi Air kencing (UTI)

S1 : Apakah infeksi air kencing dan apakah kepentingan?

Ia merujuk kepada infeksi yang melibatkan sistem buah pinggang. Ia boleh melibatkan salur kencing bawah (urethra, pundi kencing atau bahagian bawah ureter) atau salur kencing atas ( bahagian atas ureter atau buah pinggang) atau kedua-dua sekali.

Ia adalah infeksi yang kedua paling kerap di kalangan kanak-kanak. 30-50% daripada kanak-kanak yang mendapat infeksi air kencing mempunyai struktur sistem ginjal yang tidak normal seperti vesicoureteric reflux dan sekatan salur kencing.

Lebih 25% daripada kegagalan gingal peringkat akhir di kalangan kanak-kanak dan dewasa muda adalah disebabkan oleh pielonefritis kronik.

S2 : Apakah organisma-organisma yang terlibat?

Organisma yang biasanya adalah organisma yang didapati dalam najis dan yang paling kerap terlibat ialah Escherichia coli. Lain-lain organisma adalah Klebsiella, Proteus, Staphylococcus epidermidis, Ennterococci, Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Staphylococcus aureus.

S3 : Bagaimana infeksi air kencing terjadi?

Di kalangan neonat, cara jangkitan ialah melalui darah. Bayi lelaki adalah dua kali lebih kerap terlibat berbanding dengan bayi perempuan (2:1).

Dikalangan kanak-kanak, cara jangkitan melibatkan perebakan kuman dari salur dubur ke urethra dan seterusnya secara retograd ke pundi kencing. Kanak-kanak perempuan adalah tiga kali lebih kerap terlibat berbanding dengan kanak-kanak lelaki.

S4 : Apakah faktor-faktor yang menyebabkan infeksi air kencing?

  1. Sekatan (obstruction) biasanya kongential
  2. Refluks vesikoureteral
  3. Infeksi dibahagian lain di badan
         (i)    Salur pernafasan bahagian atas
         (ii)   Salur penghadaman : cirit-birit
  4. Kebersihan yang tidak memuaskan di bahagian perineum
  5. Urethra perempuan yang pendek
  6. Kateterisasi urethra dan Instrumentasi
  7. Kemasukan bahan iritasi ke dalam pundi air kencing
  8. Ketidakupayaan semulajadi mukosa pundi air kencing untuk melindungi dari jangkitan kuman
  9. Sembelit berpanjangan
  10. Inflamasi tempatan

S5 : Apakah tanda-tanda gejala infeksi air kencing?

Tanda-tanda gejala berbeza bergantung kepada umur pesakit dan tidak khusus kepada saluran urinari sahaja.
Dikalangan bayi
Kelesuan, muntah, sakit perut, demam, tiada kenaikan berat badan, mudah naik radang (irritable)
Dikalangan yang lebih tua
Sebilangan kecil daripada kanak-kanak yang mengidapi infeksi air kencing terutamanya yang kronik tiada tanda-tanda gejala. Yang lain : demam, sakit perut, sakit semasa kencing, kekerapan kencing, terkencing waktu malam, kencing berbau, sakit pinggang.

S6 : Bagaimana infeksi air kencing boleh dipastikan?

Dengan pemeriksaan air kencing. Diagnosis infeksi air kencing dibuat apabila

  1. Kultur menumjukkan lebih daripada 100,000 bakteria/ml air kencing yang dikutip dengan cara yang betul, teliti bersih (`clean catch’). Biasanya ia terdiri daripada satu jenis organisma sahaja.
  2. Kehadiran organisma dalam kultur spesimen yang diperolehi melalui penyedutan suprapubik.
  3. Spesimen yang diperolehi melalui kateter mempunyai lebih dari 10³ organisma/ml air kencing.
  4. Pemeriksaan mikroskopi menunjukkan kehadiran bakteria dan sel darah putih dan kadangkala sel darah merah.

S7 : Bagaimana cara untuk mendapatkan air kencing untuk ujian makmal?

Cara-cara:

  1. ‘Mid stream’ urine
  2. Spesimen beg
  3. Spesimen kateter
  4. Penyedutan suprapubik

Alat-alat keperluan untuk spesimen beg
Basin dengan air suam
Sabun biasa
Tuala bersih
Perineum dicuci dengan sabun dan air atau antiseptik lemah. Sarung tangan tidak diperlukan sekiranya teknik yand bersih dipastikan. Beg dipasang pada perineum.
Tidak kira apakah cara kutipan air kencing, faktor yang paling penting yang menentukan ketepatan keputusan kultur adalah masa diantara pengumpulan spesimen dan inokulasi dalam media kultur. Sebaik sahaja air kencing diperolehi, ia seharusnya dihantar ke makmal dengan segera untuk plating.
Kalau dijangka inokulasi akan terlambat lebih daripada 10 min, spesimen mesti diletak dalam peti sejuk atau letak dalam air pada suhu <4ºC (kurang daripada 4ºC)
Penyedutan Suprapubik
Tujuan: Untuk mengambil air kencing secara steril dari pundi air kencing untuk pemeriksaan makmal.
Alat-alat keperluan:
Satu talam bersih yang diisi dengan:

  1. 1 kidney dish bertutup yang steril berisi swab dan kasa (gauze), 1 sponge holder, 2 gallipot
  2. 2 kidney dish untuk menerima swab kotor
  3. Sarung tangan untuk dipakai oleh doktor
  4. Tudung mika
  5. Siring 10cc dan jarum saiz 23FG
  6. Botol spesimen
    - 1 untuk kultur
    - 1 untuk pemeriksaan mikroskopi air kencing

Persedian pesakit
- terang tatacara kepada pesakit
- sediakan sekeliling pesakit
- letakkan talam si sisi katil pesakit
- dedahkan bahagian suprapubik
Tatacara dijalankan oleh doktor
Doktor memakai tudung muka, cuci tangan dan pakai sarung tangan. Pastikan bahawa pesakit belum kencing lagi.
Jururawat mengisikan 2 gallipot dengan losyen antiseptik; satu untuk tincture iodine, 1 untuk spirit.
Doktor memcuci bahagian suprapubik dengan losyen antiseptik. Cucukkan jarum dengan siring di bahagian suprapubik dan keluaran air kencing dengan menggunakan siring dan masukkan air kencing ke dalam botol spesimen. Bersihkan luka.
Labelkan botol spesimen air kencing dan hantar ke makmal dengan borang lengkap.

S8 : Apakah tanggungjawab jururawat dan keterangan yang seharusnya diberi oleh seorang jururawat kepada ibubapa atau penjaga pesakit?

  1. Mendapatkan spesimen air kencing untuk pemeriksaan atau kultur.
    (a) Spesimen pagi paling tepat. Spesimen ini biasanya asidik dan pekat dan ini mengelakkan elemen-elemen yang terbentuk.
    (b) Cuba mendapatkan spesimen sipertengahan kencing.
  2. Menggalakkan pesakit supaya minum lebih cecair untuk menurunkan suhu badan dan mencairkan kencing.
  3. Menerangkan semua ujian diagnostik dan prosedur kepada pesakit atau ibubapa sebelum ia dijalankan.

S9 : Apakah jenis rawatan yang boleh diberi?

Rawatan
- Farmakologi (ubat-ubatan)
- Bukan farmakologi (tanpa ubat)
Ubat-ubatan
Untuk Neonat
- Infeksi biasanya berkaitan dengan septisemia
- Antibiotik parenteral selama 10 – 14 hari
- Ampicillin + Gentamisin/atau Cephalosporin
Bayi < 1 tahun
Kalau sakit tenat atau kelihatan toksik, antibiotik intravena untuk beberapa hari. Bila kelihatan pulih, tukar ke bentuk oral. Ampicillin, Cotrimoxazole, Nitrofurantoin atau cephalosporin. Antibiotik pencegahan perlu diberi sehingga pemeriksaan radiologi menentukan bahawa salur kencing adalah normal.
Kanak-kanak >1 tahun
Kalau keadaan tidak sakit tenat, beri antibiotik yang berpatutan secara oral selama 7-10 hari. Ulang kultur kencing untuk memastikan bahawa bakteria telah dihapuskan.
Rawatan bukan Farmakologi
- Banyakkan minuman
- Pastikan kebersihan perineum
- Elakkan sembelit

S9 : Perlukah pesakit dimasukkan ke dalam wad?

Kemasukan pesakit ke dalam wad diperlukan untuk

  1. Pesakit/bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun
  2. Kanak-kanak yang muntah, kekeringan dan keseluruhannya tidak sihat

Lain-lain pesakit beloh diberi rawatan pesakit luar.

S10: Apakah ujian lanjutan atau penilaian yang mungkin perlu dijalankan?

Selepas infeksi dirawat, pnilaian fungsi dan pemeriksaan radiologi mungkin perlu dibuat untuk mengenal pasti abnormaliti yang menyebabkan infeksi dan kerosakan yang disebabkan oleh infeksi berulang.

  1. Blood urea
  2. Serum eletrolot
  3. Serum kreatinin
  4. Ultrasound
  5. Micturating cystourethrogram (MCU)
  6. Intravenous urogram (IVU)
  7. DTPA scan atau DMSA scan

S11 : Apakah kesan infeksi air kencing ke atas kesihatan pesakit?

Kebanyakan kanak-kanak akan mendapat infeksi berulang; biasanya dalam beberapa bulan yang pertama. Perut (scar) buah pinggang biasanya membentuk berikutan infeksi dikalangan kanak-kanak kurang daripada umur 2 tahun dan bagimereka yang mengidap infeksi air kencing berulangkali. Jadi adalah penting untuk mencegahi perulangan infeksi air kencing. Kanak-kanak yang mempunyai saluran tersumbat sistem buah pinggang dan mereka yang mempunyai vesicoureteric reflux menghadapi risiko yang paling tingi untuk kerosakan buah pinggang.

S12 : Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada pesakit atau ibubapa mengenai infeksi air kencing?

  1. Terapi antibiotik jangkamasa panjang kerap diberi untuk mengelakkan infeksi berulang.
  2. Pesakit harus diberi rawatan/apoinmen susulan sebab kemungkinan infeksi berulang yang akan menyebabkan kerosakan kekal.
  3. Pencegahan:
    (a) Jangkitan bakteria dari dubur dan salur wanita ke urethra boleh dihadkan jika perineum dibersihkan dengan arah dari urethra ke dubur.
    (b) ‘Bubble baths’ mesti dielakkan sebab larutan seperti ini memyebabkan irritasi kepada pundi air kencing.
    (c) Menggalakkan pesakit minum lebih banyak air.
    (d) Elakkan minuman berkarbon disebabkan kesan irritasi ke atas mukosa pundi air kencing
    (e) Menggalak kanak-kanak supaya kerap membuang air kencing dan mengrluarkan kencing sehabisnya setiap kali.
    (f) Elakkan sembelit.

DR. NG CHAI LEE

Thursday, June 4, 2009

Info Pasal G6PD

KEKURANGAN G6PD

*Apa anda perlu tahu berkenaan kekurangan G6PD


1) APA ITU G6PDG6PD

(Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese) adlh sejenis enzim yg melindungi sel darah merah drpd dimusnahkan dgn lbh awal.


2) APAKAH KEKURANGAN G6PD

Kekurangan G6PD blh menyebabkan keadaan sel darah merah musnah dgn cpt.


3) BAGAIMANA IA DIKESAN

Contoh darah diambil dr tali pusat bayi semasa bersalin & dihantar ke makmal utk pemeriksaan& pengesahan G6PD.


4) SEKIRANYA BAYI ANDA DIDAPATI KEKURANGAN G6PD

i) Anda akan dihubungi melalui telefon @ surat supaya membawa bayi anda masuk ke wad utk rawatan & pemerhatian.

ii) Bayi anda dikehendaki tinggal di wad sekurang2nya sehingga berumur 10 hari.Pemerhatian ini adlh utk mengelakkan kecacatan otak & pendengaran di sebabkan oleh penyakit kuning (jaundice)


5) LANGKAH2 SETERUSNYA BG MEREKA YG KEKURANGAN G6PD

Elakkan anak anda drpd bhn2 yg blh mencetuskan kemusnahan darah merah spt :-

i) Memakan kacang parang @ produknya.

ii) Menggunakan ubat gegat.

iii) Memakan ubat2 tradisional, jamu @ ubat sengseh


Sekiranya termakan @ tersentuh bhn2 di atas, bayi/anak anda mengalami :-

i) Penyakit kuning (jaundice) dgn serta merta

ii) Air kencing berdarah @ bewarna teh pucat

iii) Pucat

iv) Demam

Jika hendak mengambil ubat2an, hendaklah dgn arahan/nasihat doktor.


6) SILA PASTIKAN

Setiap kali mendapat rawatan perubatan, sila beritahu doktor bahawa anak anda ada kekurangan G6PD.


7) BOLEHKAH SESEORANG YG KEKURANGAN G6PD HIDUP SCR NORMAL ?

Boleh. Elakkan drpd memakan @ menyentuh bhn2 yg dilarang.Kekurangan G6PD bukan penyakit berjangkit & keadaan ini adlh sepanjang hayat (kekal).G6PD diwarisi melalui faktor genetik & sering melibatkan kanak2 lelaki. Kanak2 perempuan adlh sebagai pembawa (carrier).


Wednesday, June 3, 2009

Ma & Ayah Balik KB

Today I'm on half day leave. Ptg ni nak gi hantar ma & ayah ke airport balik KB.. huhu..pasni aku nak kena handle sendiri la semua..Insyaallah kalau buat schedule betul2 everything akan jadi mudah nanti..orang lain boleh, aku pun mesti boleh!!!!!

Tuesday, June 2, 2009

First Day @ Nursery Nurul Iman

Hari ni first day Amir ke Nursery. Tepat jam 6.00 dia dah bgn utk menyusu. Pastu dia rileks2 atas tilam sambil aku pergi mandi & solat subuh..Abg dengarkan dia beberapa lagu..wah..sungguh happy dia mendengarnya..

Sedih sgt rasa tadi masa nak tinggalkan dia di Nursery..tapi nak buat mcm mana terpaksa..LOVE U AMIR!!

Balik amik Amir tadi Cikgu Nurul baru je siap mandikan Amir..so tunggu la jap dia pakaikan baju semua..siap massage lagi Amir tadi.Alhamdulillah nampak Amir pun OK stay kat situ. OTW back dalam kereta asyik berckp je dia. Agaknya bercerita pengalaman 1st day dia kot.