Showing posts with label Amir. Show all posts
Showing posts with label Amir. Show all posts

Thursday, November 29, 2018

Sunday, February 14, 2016

14 Februari 2016, Bandar Sunway: Ahad seperti biasa dah jadi rutin temankan Amir dan Aisyah main taman. Bukan main seronok sekali. Aisyah tertarik dengan seorang baby, terus minta izin dengan makcik tu untuk tolong buaikan baby. Abang Amir hari ni main bola dengan ayah.

Masa yang menyeronokkan, ayah luangkan masa untuk anak-anak, tak tahu lagi akan datang sanggup tak anak-anak luangkan masa temankan ayah. Harapnya anak ayah Amir dan Aisyah tidak lupakan ayah.







Monday, January 25, 2016

MAIN TAMAN


25 Jan 2016, Tasik Taman Sri Subang: Alhamdulillah hari ini diberi kelapangan untuk teman Amir dan Aisyah main kat Taman permaianan. Bukan main seronok dapat main. Amir jumpa kawan sekolahnya di SK Subang Jaya. Kelihatan ada geng budak-budak sedang memancing, yang lawaknya siap bawa bekal teh o ais dan digantung di tepi pokok. Itulah kehidupan kanak-kanak penuh dengan keriangan.

Monday, December 28, 2015

KASIH SEORANG ABANG


28 Disember 2015, Bandar Sunway: Penghujung tahun diuji Allah, kami sekeluarga demam. Bila adik demam abang sibuk menjaga adiknya. Marissa Aisyah kena ingat masa adik demam abng lah yang sibuk menjaga adik, basahkan tuala dan letak atas kepala adik. Kelihatan abng risau jika adik demam. Walaupun jika keduanya tidak demam mereka asyik gaduh. Itulah kasih seorang abng kepada adiknya. Abang dan adik kena ingat saat-saat manis ini. Bila dan besar, berkeluarga nanti sesekali ingat saat-saat ini, abang sesekali nanti hubungi adik dan bertandanglah kerumah adik. Ingat dulu kamu tiada teman gaduh dan bermain yang lain. Kamu berdua anak ayah dan umi.

Sunday, December 13, 2015

HOBI SABTU DAN AHAD AMIR


13 Disember 2015 Bandar Sunway: Inilah hobi Amir bila hari cuti Sabtu dan Ahad. Main game Warcraft III dan Delta Force Black. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu dan Ahad. ayah hanya benarkan Amir main game bila cuti sekolah sahaja, hari lain "NO". Ayah bukan kejam dan zalim, ayah nak Amir tumpukan kepada mengaji Al-Quran dan pelajaran. Amir kalau main game memang tak ingat dah nak buat benda lain. Solat pun selalu kena ayah dan ummi ingatkan. Ayah nak Amir jadi anak yang soleh. Ayah bagi 2 hari sahaja untuk Amir main game. Kami sayangkan Amir.

Saturday, December 5, 2015

LIGA LAYAR MALAYSIA


5 Disember 2015, Taman Tasik Metropolitan Kepong: Hari ini cuti ayah dan Ummi bawa anak-anak jalan-jalan Taman Tasik Metropolitan Kepong, cadangannya nak tengok pertandingan Liga Layar Malaysia. Awal sangat datang pertandingan tak dimulakan lagi. So kita ronda-ronda dan bergambar di sekitar situ. Lama dah tak dapat keluar bersiar-siar macam ni selepas Ummi sakit.

Satu kesilapan yang Ayah lakukan ialah ayah belikan belon air sabun satu sahaja untuk Aisyah. Ayah tak belikan untuk Amir sebab Amir dah besar. Amir pun tak protes dan angguk sahaja. Lepas tu apalagi berebut la nak main dengan adik. yang jadi mangsa kena marah ialah abang Amir. Abang Amir ayah marah abng Amir supaya Amir lebih bertanggungjawab dan sayangkan adik. Dalam hal ini ayah silap kerana mengabaikan perasaan Amir. Moralnya jika nak beli mainan atau apa jua kena pastikan semua anak-anak dapat walaupun sedikit.

Friday, December 4, 2015

KITA KAWAN



4 Disember 2015 Masjid Bandar Sunway: Hari ni Jumaat, ayah akan balik kerja dan ambik Amir untuk sama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

Hari ini kita jalan kaki, motor tak boleh start. Masa jalan ayah ceritakan kita jalan kaki dah rasa penat dan susah, tetapi ada orang hari-hari kena jalan kaki sebab tiada motor dan kereta, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. harapnya Amir faham dan amalkan sepanjang kehidupan Amir.

Kita kawan, kena bebel, kena marah, menangis bersama. Ayah sayang Amir.

Tuesday, November 24, 2015

HARI ORIENTASI TAHUN 1 AMIR DI SK SUBANG JAYA






24 November 2015, Sk Subang Jaya: Pagi ni Amir begitu teruja untuk apakai uniform sekolah. Hari ni hari orientasi tahun 1 Amir di SK. Subang Jaya. Amir dari segi saiznya memang antara murid yang berbadan besar dan tinggi.

Amir cukup seronok bila berbaris dan berkenalan dengan guru kelas dan kawan-kawan baru. Masa ni Amir tiada kawan lain yang Amir kenal hanya Hakimi kawan se,asa di taman kasih dahulu sahaja. Langkah pertama Amir semoga berjaya.

Sunday, November 22, 2015

SESI KOLAM 22 NOVEMBER 2015


22 November 2015 Bandar Sunway: Latihan renang diteruskan seperti biasa selepas lama terhenti.

Friday, February 13, 2015

BAHAGIA ABANG DAN ADIK

13 Februari 2015: Pagi ni Ayah kena jaga dua anak ayah Amir dan Aisyah. Pagi ni keadaan terkawal adik dan abng seronok main sama-sama. Sambil layan youtube adik boleh berada atas belakang abng dan nyanyi sama-sama. Bahagia sungguh hati seorang Ayah bila melihat anak-anak dapat duduk dan dapat bermain bersama-sama. Amir sebagai abng kena sentiasa jaga adik dengan baik.




Sunday, October 19, 2014

Saturday, June 23, 2012

Kenduri Kendara..

Hari ni buat pertama kalinya membawa putera & puteriku ke majlis kenduri perkahwinan anak K.Aina di Ulu Kelang. Alhamdulillah semuanya terkawal.





Sunday, June 17, 2012

Amir is now totally diaper free

Sebenarnya niat untuk menulis tentang ni since last month tapi selalu x berkesempatan. Syabas pada heroku Amir. Dia sekarang dah totally diaper free since last month. Mula ajar dia tak memakai diaper since aku cuti bersalin. Alhamdulillah dalam tempoh masa yang singkat je dia dah totally free from diapers. Jimat...jimat ummi...leh la ganti dgn keperluan diaper utk adik pulak.If dua2 orang pakai diaper mmg teruk jgk la skit.

Wednesday, May 2, 2012

Hari pertama Marissa Aisyah di taska

Hari ni mulai menghatar Marissa Aisyah ke taska sebelum aku masuk bekerja semula. Masa gi hantar tadi matanya masih terpejam..Agaknya bila bangun pasti pelik bila melihat semua muka2 baru & tangan orang lain yang memandikan & menyiapkan dia. Amir pun nampaknya gembira sebab adik ikut sama ke taska. Hari ni pun bermulalah episod meminum EBM sepenuhnya buat Marissa Aisyah. Aku bekalkan 5 botol with 2.5oz each buatnya sehingga petang.

Balik tadi mama di taska tu cakap Amir very protective..Sekejap je lepas aku & ma balik dia terus dtg & duduk disamping adiknya.tengok je semua apa orang buat kat adik dia. Good boy...moga menjadi abang yg bertanggungjawab & dapat menjaga adik dengan baik kelak..InsyaAllah...:)

Tuesday, April 17, 2012

Amir kembali ke nursery

Hari ni kembali menghantar Amir ke taska setelah hampir 2 bulan dia bercuti ikut aku balik berpantang. Alhamdulillah dia pun bersemangat nak ke taska...Agaknya dia terasa teramat boring tatkala berada di KB. Maklumlah everyday bermain sorang2. Gi taska dapat gak lah dia belajar & bermain dengan ramai2.

Marissa Aisyah masih belum dihantar..hopefully start June baru nak di hantar ke taska.

Wednesday, February 8, 2012

Selepas 2 bulan di nursery..

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan Amir berada di nursery..alhamdulillah so far so good..dia pun masih lagi dalam proses mencari keserasian..even kadang2 pagi2 masih lg nangis2 manja..kandungan ku kini juga sudah mencecah 9 bulan..alhamdulillah masih lagi sihat walafia;t dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa cuma sekarang terasa badan makin berat..:)

Pregnancy kali ni pun syukur sgt2 sebab takde sebarang masalah seperti mengandungkan Amir dulu jugak cuma agak sedikit surprise dgn jantina baby..tak sabar rasanya nak mendapatkan kepastian..baby sangatlah aktif..terjaga tgh mlm pun masih lagi dapat merasa tendangannya..:)

Amir aku rasakan semenjak akhir2 ni semakin manja & perlukan perhatian lebih..macam2 dilakukannya utk tarik perhatian aku & abg..asyik nak berdukung manjang..tak kena sikit suka baling2 barang & mengamuk..adakah ini perkara biasa bagi seseorang yang nak dapat adik???ntahlah aku pun tak tahu tapi ramai yang cakap begitu..cuma harapnya aku akan bayak bersabar melayan karenahnya..

Tuesday, December 20, 2011

Amir..Amir

Semalam bagi Amir makan ubat cacing setelah 6 bulan lalu kali terakhir diberikan dos untuknya..huh, mlm td kol 12.30am dia terjaga sambil menangis2 sampai terbatuk-batuk & termuntah atas katil...mungkin sakit agaknya perut dia..

Pagi ni alhamdulillah mood Amir sangat baik & tak menangis sewaktu di hantar ke nursery pagi tadi...semoga berterusan begini selamanya.

Friday, December 2, 2011

Hari kedua di nursery...

Seperti semalam jugak, before pergi kerja rutin baru aku sekarang menghantar Amir di nursery. Kalau sebelum ni just turun je lif sampai rumah babysitter tapi sekarang tidak lagi.. perlu bawak Amir sekali & drop dia di nursery..

Alhamdulillah sampai je di nursery terus disambut oleh kakak Sri Lanka tu..bukak je pintu kereta Amir terus menguntumkan senyumannya..kakak tu pun happy tgk budak baru yang sangat friendly macam Amir..salam je dgn ummi terus dia masuk pagar.

Balik td tanya kakak Ekin yang jaga Amir tu katanya hari ni Amir mmg mcm dah biasa di situ..Alhamdulillah! Dalam kereta sepanjang balik ke rumah tu pun dia cerita dia seronok di sekolah.. katanya dah tak mahu pergi rumah babysitter tapi nak pergi sekolah!

Thursday, December 1, 2011

Episod baru kehidupan Amir..

Tanggal 1 December bermula episod baru dalam kehidupan anakku..hari ni aku mula menghantarnya ke nursery.. wah, sungguh bersemangat dia nak pergi ke sekolah katanya.. hehe..pagi2 lagi bangun.

Walaupun dengan ketiadaan ayah disisi, ummi pergi menghantarnya..aku pun memang apply 0.5day leave hari ni just in case perlu mengambil semula Amir di nursery kalau dia memang x nak berada di sana.. Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali... Amir sangatlah berdikari orangnya.. even ini tempat baru buatnya tetapi tidak menjadi halangan langsung buatnya.. Ummi sangat bangga & happy dgn semangat anak ummi..:)

Before masuk ofis call Pn Zalina (owner nursery) tanyakan keadaan Amir katanya everything manageable & Amir seems OK..just mula2 tu je bila dia siap mandi dia tercari2 aku coz aku tinggal dia pun time dia tgh mandi..bila dipujuk2 all back to normal..alhamdulillah!

Balik ptg tu gi amik Amir terus dari ofis dlm kol 5.30pm..dapat tgk wajahnya cukup ceria..bercerita pengalamannya di nursery bersama kakak2 & kawan2... melompat2 dia bila balik tu..betapa seronoknya dia di tempat baru..ummi pun mmg happy tgk amir happy! katanya esok nak pergi sekolah lagi!