Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Friday, February 12, 2016

MAKAN-MAKAN SEBELUM AKHIR KHIDMAT DI JPN SELANGOR

12 Februari 2016, JPN Selangor: Terima kasih diucapkan kepada semua warga Unit Rendah terutamanya Ketua Unit kerana tanpa dirancang telah membuat sedikit jamuan secara port luck sebelum saya melangkah keluar darpda JPN Selangor.

3 tahun berkhidmat di Unit Rendah JPN Selangor banyak pengalaman dan ilmu baharu disini. Jasa baik rakan-rakan diucapkan berbanyak terima kasih.


Sunday, February 7, 2016

JALA MAS @ PASAR BESAR SITI KHADHIJAH KOTA BHARU

7 Februari 2016, Kota Bharu: Aktiviti CNY yang pertama hari ni ialah temankan isteri ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Jalan memang seperti biasa sesak dengan perantau dan kaum cina yang keluar membeli barangan keperluan. Suasana meriah dengan pelbagai ragam manusia.

Isteri biasa ambil stok jala mas di sini untuk bisnes puding raja nya. Alhamdulillah tempahan puding raja menggalakkkan.

Puding raja isteri saya jual dengan harga RM 13 boleh la call 013-2440183 untuk tempahan atau setiap Sabtu dan Ahad di tempat letak kereta Pasar Seksyen 6 Shah Alam.

Sunday, January 31, 2016

MALAM DI JALAN PUDU


31 Januari 2016, Jalan Pudu: Jam 1 pagi kehidupan baru sebagai pemandu Uber yang tak dirancang. Cubaan menyelami dan mencari pengalaman sebagai pemnadu amat cykup bermakna.

Malam ni setelah penat melayan permintaan rakan rider singgah sebentar untuk isi perut di Jalan Pudu sambil melihat liku-liku hidup warga kota. Ada yang bermewah, ada yang terawang-awangan mencari sudut untuk lelapkan mata. Itulah kehidupan, entah apa yang dicari sebenarnya, apa yang pasti mencari yang ekal abadi lebih beruntung daripada dilalaikan mencari yang sementara.




Friday, January 29, 2016

RONDA-RONDA DAN TETIBA DAPAT DUIT

29 jan 2016 : Malam yang boring, biasanya selepas jam 9 dah tidur, tiba-tiba rasa nak meronda sambil online UBER. Percubaan pertama menggunakan UBER apps. Akhirnya mengena apabila ada member UBER di Mid valley minta hantarnya ke Bukit Damansara. Nasib baik ada waze dan dia bagi arah ke sana. Percubaan pertama yang berjaya. Wah..seronoknya. Sistem terus jana berapa RM yang dapat. Kemudian rasa cuak dan nak balik, baru je gerak ada lagi member Uber di Stesen LRT Kelana Jaya minta hantar ke Tropicana. Uhhh parah..nak balik tetiba ada yang minta ambil di SS 15 Subang Jaya nak ke Sri Petaling. Uhh terus Offline denan rasa tidak percaya kepada diri sendiri bahawa dengan tak sengaja menjadi driver. Bagi saya UBER adalah konsep perkongsian kereta di antara member. Driver uber tidak ambil dan hantar orang yang bukan member, tidak ambil duit tambang daripada penumpang. 

Jam 12 malam dah mengantuk terus offline dan balik. Nak tahu berapa pendapatan pertama saya. Untuk 3 trip saya dapat RM45. Cukup bagus. Saya buat bila saya rajin sahaja untuk isi masa lapang.

Thursday, January 28, 2016

PENGALAMAN BARU SEBAGAI UBER PARTNER



28 Jan 2016 : Sebelum ni saya tidak pernah tahu perkhidmatan UBER sehinggalah semasa mencari idea macam mana nak menjana pendapatn daripada kereta sendiri. Semasa google idea ini saya tertarik dengan perkhidmatan UBER dengan tagline "EVERYONE PRIVATE DRIVER". Saya pun daftar online kemudian dihubungi berkali-kali oleh UBER untuk mendaftar. Setelahsebulan menolak ajakan UBER untuk ke office mereka, maka hari ini tergerak hati untuk berkunjung ke office UBER di Seksyen 15 Petaling Jaya.

Office agak besar dan menyakinkan. Bagi pembaca yang ingin tahu lebih lanjut boleh SIGN UP melalui website UBER.

https://login.uber.com/login


Jangan lupa masukkan MY INVITE CODE " k4z25bvcue " dan dapat hadiah daripada UBER.

Wednesday, January 27, 2016

SK SUBANG BESTARI MERAIKAN PERSARAAN KETUA SEKTOR DAN KETUA UNIT SPS JPN SELANGOR



27 Jan 2016, Sk Subang Bestari: Terima kasih kepada Guru Besar, warga pendidik dan murid-murid SK Subang Bestari kerana sudi meraikan persaraan Tuan Ketua Sektor Tuan Hj Mahmudi dan Ketua Unit En. zakariah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor.

Tuesday, January 26, 2016

MESYUARAT TERAKHIR DI JPN SELANGOR


26 Januari 2016, JPN Selangor: Petang ini mungkin ini adalah mesyuarat terakhir sebagai pegawai JPN Selangor. Mesyuarat SPS dihadiri oleh KS dan semua Unit. Diberi peluang berucap sebelum bertukar ke tempat baharu. Terima kasih.

LUNCH DI KEDAI IKAN BAKAR SEKSYEN 6


26 Jan 2016, Seksyen 6 Shah Alam: Hari ini lunch di kedai ikan bakar, memang murah dan fresh. Lokasinya depan Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam. Nama kedai lupa la pulak. Kedai hujung sebelah kiri. Kami selalu lunch kat sini tetapi asyik lupa nama kedai. Kalau berkunjung ke Shah Alam boleh la merasa.

Friday, December 4, 2015

KITA KAWAN



4 Disember 2015 Masjid Bandar Sunway: Hari ni Jumaat, ayah akan balik kerja dan ambik Amir untuk sama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

Hari ini kita jalan kaki, motor tak boleh start. Masa jalan ayah ceritakan kita jalan kaki dah rasa penat dan susah, tetapi ada orang hari-hari kena jalan kaki sebab tiada motor dan kereta, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. harapnya Amir faham dan amalkan sepanjang kehidupan Amir.

Kita kawan, kena bebel, kena marah, menangis bersama. Ayah sayang Amir.

Monday, May 9, 2011

Nokia C3

Bersempena dengan birthday ke 31 & mother's day tahun ni aku diberikan special gift from hubby semalam...dia balik je kerja ptg tadi terus diberikan kotak handphone Nokia C3...ohhh...happy sgt rasa memandangkan SE ku pun dah kong...TQ Abg.. I'm lucky to have you!

Friday, July 9, 2010

New but not new car...

Hahaha...aku sendiri pun mcm nk tergelak baca title posting kali ni..but it is absolutely true..yesterday me & hubby went to Rawang to look for a new but not new car..hmm,kalau tgk luaran tu mmg nampak elok la enjin, body semua tapi kalau ada masalah dalaman tu xtahu la kan...hopefully everything will be ok & will be our 2nd car..actually just for my hubby to go to school since his moskito got problem..hopefully dapat lah kereta ni berjasa pada tuannya bukan mendatangkan masalah..InsyaAllah..

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, January 15, 2009

Memory for the past few days....

Hari ni baru berkesempatan nak coretkan apa yg dah berlaku dua tiga hari lepas..

10/1/2009 - OBM buat Annual Dinner kat Restoran Jogoya Starhill..kol 5.15 keluar rumah.Abg gi hantar da pastu dia gi jalan2 sekitar Bukit Bintang sementara tunggu aku dinner..Overall makanan kat situ oklah..byk choice cuma mostly seafood which aku x bolehlah mkn byk sgt skrg ni..I am the first person to leave the place since x kena lah solat Maghrib & tak nak lah Abg tunggu lama2 sgt..kesian dia.

13/1/2009 - Check up. Hari ni aku rasa org yg cek perutku bukan nurse biasa tapi maybe staff nurse coz dia pakai pun baju biru gelap..hari ni beratku meningkat 2.7kg menjadi 68.7kg. Alhamdulillah result test gula last month pun dah dpt. Semua ok just hari ni hb darah aku turun 1mg jadi 10mg. Nurse advise me to take 2 tablet of iron everyday..rasanya mungkin darahku turun sbb byk maka mamee kot last month..masa dia tekan perutku katanya kepala baby dah berada di bawah sekarang ni..Alhamdulillah harapya semua selamat la nanti..

Malam tu aku & Abg keluar utk ke K4 beli susu..tiba2 masa sampai kat Kosas receive SMS from Abg Sahar katanya anak sepupu dia meninggal eksiden..rupanya dia meninggal eksiden kat Karak Highway yg keluar berita yg aku tgk tadi.So teruslah kami menghala ke HKL utk ziarah keluarga terdekat arwah..sampai terus ke Unit Forensik sbb jenazah tgh di buat post mortem..Waiting until 10.30 & terus balik lepas tu coz doc pun xde utk buat post mortem tu.Katanya kol 11 baru masuk. Wife dia pun x dtg hospital yg ada just makcik Abg je.

Monday, November 17, 2008

Jalan-jalan

Balik ofis last Friday terus singgah fetch ayah kat Hentian Putra..nasib baik dua2 x payah menunggu..good timing..ayah baru sampai aku pun sampai kat Putra..On Saturday..so lucky coz this week x kerja so leh la bwk ayah pusing2..awal2 pagi lagi after breakfast kat kedai juiran kat Ampang Jaya, we went to Pakcik Hamzah's house..awal gila gi umah orang..kol 9.15 dah terpacak depan umah dia..hehe..dia pun baru je nak bfst time tu..so apa lagi kitorg pu join minum2 lagi..lama gak Abg duk borak dgn pakcik dekat 2 jam gak la duk kat umah pakcik.. after that bwk ayah gi jalan2 Genting. Nasib baik x ramai orang walaupun cuti sekolah..dapat rasa baby gerak2. maybe because of tarikan G Abg kata @ mungkin dia happy dapat jalan2.. kitorang naik atas dgn cable car..sampai kat atas ujan rintik2..so xleh nak duk outddor sgt la..just byk pusing kat bhgn indoor game..kol 2.30 turun..pastu bwk ayah gi makan kat gerai @ Kg.Baru then later pergi ke pasar malam Jln TAR. Fuhh...mmg penat la...seharian berjalan..malam baru balik umah.. Hari Ahad tu duk lepak je kat umah. Ptg baru keluar gi Ampang Point jap..kol 7 Anum sampai nak fetch ayah balik umah dia...Hakim berkhatan hari ni.