S1 : Apakah infeksi air kencing dan apakah kepentingan? Ia merujuk kepada infeksi yang melibatkan sistem buah pinggang. Ia boleh melibatkan salur kencing bawah (urethra, pundi kencing atau bahagian bawah ureter) atau salur kencing atas ( bahagian atas ureter atau buah pinggang) atau kedua-dua sekali. Ia adalah infeksi yang kedua paling kerap di kalangan kanak-kanak. 30-50% daripada kanak-kanak yang mendapat infeksi air kencing mempunyai struktur sistem ginjal yang tidak normal seperti vesicoureteric reflux dan sekatan salur kencing. Lebih 25% daripada kegagalan gingal peringkat akhir di kalangan kanak-kanak dan dewasa muda adalah disebabkan oleh pielonefritis kronik. S2 : Apakah organisma-organisma yang terlibat? Organisma yang biasanya adalah organisma yang didapati dalam najis dan yang paling kerap terlibat ialah Escherichia coli. Lain-lain organisma adalah Klebsiella, Proteus, Staphylococcus epidermidis, Ennterococci, Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Staphylococcus aureus. S3 : Bagaimana infeksi air kencing terjadi? Di kalangan neonat, cara jangkitan ialah melalui darah. Bayi lelaki adalah dua kali lebih kerap terlibat berbanding dengan bayi perempuan (2:1). Dikalangan kanak-kanak, cara jangkitan melibatkan perebakan kuman dari salur dubur ke urethra dan seterusnya secara retograd ke pundi kencing. Kanak-kanak perempuan adalah tiga kali lebih kerap terlibat berbanding dengan kanak-kanak lelaki. S4 : Apakah faktor-faktor yang menyebabkan infeksi air kencing? - Sekatan (obstruction) biasanya kongential
- Refluks vesikoureteral
- Infeksi dibahagian lain di badan
(i) Salur pernafasan bahagian atas (ii) Salur penghadaman : cirit-birit - Kebersihan yang tidak memuaskan di bahagian perineum
- Urethra perempuan yang pendek
- Kateterisasi urethra dan Instrumentasi
- Kemasukan bahan iritasi ke dalam pundi air kencing
- Ketidakupayaan semulajadi mukosa pundi air kencing untuk melindungi dari jangkitan kuman
- Sembelit berpanjangan
- Inflamasi tempatan
S5 : Apakah tanda-tanda gejala infeksi air kencing? Tanda-tanda gejala berbeza bergantung kepada umur pesakit dan tidak khusus kepada saluran urinari sahaja. Dikalangan bayi Kelesuan, muntah, sakit perut, demam, tiada kenaikan berat badan, mudah naik radang (irritable) Dikalangan yang lebih tua Sebilangan kecil daripada kanak-kanak yang mengidapi infeksi air kencing terutamanya yang kronik tiada tanda-tanda gejala. Yang lain : demam, sakit perut, sakit semasa kencing, kekerapan kencing, terkencing waktu malam, kencing berbau, sakit pinggang. S6 : Bagaimana infeksi air kencing boleh dipastikan? Dengan pemeriksaan air kencing. Diagnosis infeksi air kencing dibuat apabila - Kultur menumjukkan lebih daripada 100,000 bakteria/ml air kencing yang dikutip dengan cara yang betul, teliti bersih (`clean catch’). Biasanya ia terdiri daripada satu jenis organisma sahaja.
- Kehadiran organisma dalam kultur spesimen yang diperolehi melalui penyedutan suprapubik.
- Spesimen yang diperolehi melalui kateter mempunyai lebih dari 10³ organisma/ml air kencing.
- Pemeriksaan mikroskopi menunjukkan kehadiran bakteria dan sel darah putih dan kadangkala sel darah merah.
S7 : Bagaimana cara untuk mendapatkan air kencing untuk ujian makmal? Cara-cara: - ‘Mid stream’ urine
- Spesimen beg
- Spesimen kateter
- Penyedutan suprapubik
Alat-alat keperluan untuk spesimen beg Basin dengan air suam Sabun biasa Tuala bersih Perineum dicuci dengan sabun dan air atau antiseptik lemah. Sarung tangan tidak diperlukan sekiranya teknik yand bersih dipastikan. Beg dipasang pada perineum. Tidak kira apakah cara kutipan air kencing, faktor yang paling penting yang menentukan ketepatan keputusan kultur adalah masa diantara pengumpulan spesimen dan inokulasi dalam media kultur. Sebaik sahaja air kencing diperolehi, ia seharusnya dihantar ke makmal dengan segera untuk plating. Kalau dijangka inokulasi akan terlambat lebih daripada 10 min, spesimen mesti diletak dalam peti sejuk atau letak dalam air pada suhu <4ºC (kurang daripada 4ºC) Penyedutan Suprapubik Tujuan: Untuk mengambil air kencing secara steril dari pundi air kencing untuk pemeriksaan makmal. Alat-alat keperluan: Satu talam bersih yang diisi dengan: - 1 kidney dish bertutup yang steril berisi swab dan kasa (gauze), 1 sponge holder, 2 gallipot
- 2 kidney dish untuk menerima swab kotor
- Sarung tangan untuk dipakai oleh doktor
- Tudung mika
- Siring 10cc dan jarum saiz 23FG
- Botol spesimen
- 1 untuk kultur - 1 untuk pemeriksaan mikroskopi air kencing Persedian pesakit - terang tatacara kepada pesakit - sediakan sekeliling pesakit - letakkan talam si sisi katil pesakit - dedahkan bahagian suprapubik Tatacara dijalankan oleh doktor Doktor memakai tudung muka, cuci tangan dan pakai sarung tangan. Pastikan bahawa pesakit belum kencing lagi. Jururawat mengisikan 2 gallipot dengan losyen antiseptik; satu untuk tincture iodine, 1 untuk spirit. Doktor memcuci bahagian suprapubik dengan losyen antiseptik. Cucukkan jarum dengan siring di bahagian suprapubik dan keluaran air kencing dengan menggunakan siring dan masukkan air kencing ke dalam botol spesimen. Bersihkan luka. Labelkan botol spesimen air kencing dan hantar ke makmal dengan borang lengkap. S8 : Apakah tanggungjawab jururawat dan keterangan yang seharusnya diberi oleh seorang jururawat kepada ibubapa atau penjaga pesakit? - Mendapatkan spesimen air kencing untuk pemeriksaan atau kultur.
(a) Spesimen pagi paling tepat. Spesimen ini biasanya asidik dan pekat dan ini mengelakkan elemen-elemen yang terbentuk. (b) Cuba mendapatkan spesimen sipertengahan kencing. - Menggalakkan pesakit supaya minum lebih cecair untuk menurunkan suhu badan dan mencairkan kencing.
- Menerangkan semua ujian diagnostik dan prosedur kepada pesakit atau ibubapa sebelum ia dijalankan.
S9 : Apakah jenis rawatan yang boleh diberi? Rawatan - Farmakologi (ubat-ubatan) - Bukan farmakologi (tanpa ubat) Ubat-ubatan Untuk Neonat - Infeksi biasanya berkaitan dengan septisemia - Antibiotik parenteral selama 10 – 14 hari - Ampicillin + Gentamisin/atau Cephalosporin Bayi < 1 tahun Kalau sakit tenat atau kelihatan toksik, antibiotik intravena untuk beberapa hari. Bila kelihatan pulih, tukar ke bentuk oral. Ampicillin, Cotrimoxazole, Nitrofurantoin atau cephalosporin. Antibiotik pencegahan perlu diberi sehingga pemeriksaan radiologi menentukan bahawa salur kencing adalah normal. Kanak-kanak >1 tahun Kalau keadaan tidak sakit tenat, beri antibiotik yang berpatutan secara oral selama 7-10 hari. Ulang kultur kencing untuk memastikan bahawa bakteria telah dihapuskan. Rawatan bukan Farmakologi - Banyakkan minuman - Pastikan kebersihan perineum - Elakkan sembelit S9 : Perlukah pesakit dimasukkan ke dalam wad? Kemasukan pesakit ke dalam wad diperlukan untuk - Pesakit/bayi yang berumur kurang daripada 1 tahun
- Kanak-kanak yang muntah, kekeringan dan keseluruhannya tidak sihat
Lain-lain pesakit beloh diberi rawatan pesakit luar. S10: Apakah ujian lanjutan atau penilaian yang mungkin perlu dijalankan? Selepas infeksi dirawat, pnilaian fungsi dan pemeriksaan radiologi mungkin perlu dibuat untuk mengenal pasti abnormaliti yang menyebabkan infeksi dan kerosakan yang disebabkan oleh infeksi berulang. - Blood urea
- Serum eletrolot
- Serum kreatinin
- Ultrasound
- Micturating cystourethrogram (MCU)
- Intravenous urogram (IVU)
- DTPA scan atau DMSA scan
S11 : Apakah kesan infeksi air kencing ke atas kesihatan pesakit? Kebanyakan kanak-kanak akan mendapat infeksi berulang; biasanya dalam beberapa bulan yang pertama. Perut (scar) buah pinggang biasanya membentuk berikutan infeksi dikalangan kanak-kanak kurang daripada umur 2 tahun dan bagimereka yang mengidap infeksi air kencing berulangkali. Jadi adalah penting untuk mencegahi perulangan infeksi air kencing. Kanak-kanak yang mempunyai saluran tersumbat sistem buah pinggang dan mereka yang mempunyai vesicoureteric reflux menghadapi risiko yang paling tingi untuk kerosakan buah pinggang. S12 : Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada pesakit atau ibubapa mengenai infeksi air kencing? - Terapi antibiotik jangkamasa panjang kerap diberi untuk mengelakkan infeksi berulang.
- Pesakit harus diberi rawatan/apoinmen susulan sebab kemungkinan infeksi berulang yang akan menyebabkan kerosakan kekal.
- Pencegahan:
(a) Jangkitan bakteria dari dubur dan salur wanita ke urethra boleh dihadkan jika perineum dibersihkan dengan arah dari urethra ke dubur. (b) ‘Bubble baths’ mesti dielakkan sebab larutan seperti ini memyebabkan irritasi kepada pundi air kencing. (c) Menggalakkan pesakit minum lebih banyak air. (d) Elakkan minuman berkarbon disebabkan kesan irritasi ke atas mukosa pundi air kencing (e) Menggalak kanak-kanak supaya kerap membuang air kencing dan mengrluarkan kencing sehabisnya setiap kali. (f) Elakkan sembelit. DR. NG CHAI LEE |
No comments:
Post a Comment