KEKURANGAN G6PD
*Apa anda perlu tahu berkenaan kekurangan G6PD
1) APA ITU G6PDG6PD
(Glucose 6 Phosphate Dhydrogenese) adlh sejenis enzim yg melindungi sel darah merah drpd dimusnahkan dgn lbh awal.
2) APAKAH KEKURANGAN G6PD
Kekurangan G6PD blh menyebabkan keadaan sel darah merah musnah dgn cpt.
3) BAGAIMANA IA DIKESAN
Contoh darah diambil dr tali pusat bayi semasa bersalin & dihantar ke makmal utk pemeriksaan& pengesahan G6PD.
4) SEKIRANYA BAYI ANDA DIDAPATI KEKURANGAN G6PD
i) Anda akan dihubungi melalui telefon @ surat supaya membawa bayi anda masuk ke wad utk rawatan & pemerhatian.
ii) Bayi anda dikehendaki tinggal di wad sekurang2nya sehingga berumur 10 hari.Pemerhatian ini adlh utk mengelakkan kecacatan otak & pendengaran di sebabkan oleh penyakit kuning (jaundice)
5) LANGKAH2 SETERUSNYA BG MEREKA YG KEKURANGAN G6PD
Elakkan anak anda drpd bhn2 yg blh mencetuskan kemusnahan darah merah spt :-
i) Memakan kacang parang @ produknya.
ii) Menggunakan ubat gegat.
iii) Memakan ubat2 tradisional, jamu @ ubat sengseh
Sekiranya termakan @ tersentuh bhn2 di atas, bayi/anak anda mengalami :-
i) Penyakit kuning (jaundice) dgn serta merta
ii) Air kencing berdarah @ bewarna teh pucat
iii) Pucat
iv) Demam
Jika hendak mengambil ubat2an, hendaklah dgn arahan/nasihat doktor.
6) SILA PASTIKAN
Setiap kali mendapat rawatan perubatan, sila beritahu doktor bahawa anak anda ada kekurangan G6PD.
7) BOLEHKAH SESEORANG YG KEKURANGAN G6PD HIDUP SCR NORMAL ?
Boleh. Elakkan drpd memakan @ menyentuh bhn2 yg dilarang.Kekurangan G6PD bukan penyakit berjangkit & keadaan ini adlh sepanjang hayat (kekal).G6PD diwarisi melalui faktor genetik & sering melibatkan kanak2 lelaki. Kanak2 perempuan adlh sebagai pembawa (carrier).
No comments:
Post a Comment