Friday, January 29, 2016

RONDA-RONDA DAN TETIBA DAPAT DUIT

29 jan 2016 : Malam yang boring, biasanya selepas jam 9 dah tidur, tiba-tiba rasa nak meronda sambil online UBER. Percubaan pertama menggunakan UBER apps. Akhirnya mengena apabila ada member UBER di Mid valley minta hantarnya ke Bukit Damansara. Nasib baik ada waze dan dia bagi arah ke sana. Percubaan pertama yang berjaya. Wah..seronoknya. Sistem terus jana berapa RM yang dapat. Kemudian rasa cuak dan nak balik, baru je gerak ada lagi member Uber di Stesen LRT Kelana Jaya minta hantar ke Tropicana. Uhhh parah..nak balik tetiba ada yang minta ambil di SS 15 Subang Jaya nak ke Sri Petaling. Uhh terus Offline denan rasa tidak percaya kepada diri sendiri bahawa dengan tak sengaja menjadi driver. Bagi saya UBER adalah konsep perkongsian kereta di antara member. Driver uber tidak ambil dan hantar orang yang bukan member, tidak ambil duit tambang daripada penumpang. 

Jam 12 malam dah mengantuk terus offline dan balik. Nak tahu berapa pendapatan pertama saya. Untuk 3 trip saya dapat RM45. Cukup bagus. Saya buat bila saya rajin sahaja untuk isi masa lapang.

No comments: