Friday, December 4, 2015

KITA KAWAN



4 Disember 2015 Masjid Bandar Sunway: Hari ni Jumaat, ayah akan balik kerja dan ambik Amir untuk sama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

Hari ini kita jalan kaki, motor tak boleh start. Masa jalan ayah ceritakan kita jalan kaki dah rasa penat dan susah, tetapi ada orang hari-hari kena jalan kaki sebab tiada motor dan kereta, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. harapnya Amir faham dan amalkan sepanjang kehidupan Amir.

Kita kawan, kena bebel, kena marah, menangis bersama. Ayah sayang Amir.

No comments: