Saturday, December 5, 2015

LIGA LAYAR MALAYSIA


5 Disember 2015, Taman Tasik Metropolitan Kepong: Hari ini cuti ayah dan Ummi bawa anak-anak jalan-jalan Taman Tasik Metropolitan Kepong, cadangannya nak tengok pertandingan Liga Layar Malaysia. Awal sangat datang pertandingan tak dimulakan lagi. So kita ronda-ronda dan bergambar di sekitar situ. Lama dah tak dapat keluar bersiar-siar macam ni selepas Ummi sakit.

Satu kesilapan yang Ayah lakukan ialah ayah belikan belon air sabun satu sahaja untuk Aisyah. Ayah tak belikan untuk Amir sebab Amir dah besar. Amir pun tak protes dan angguk sahaja. Lepas tu apalagi berebut la nak main dengan adik. yang jadi mangsa kena marah ialah abang Amir. Abang Amir ayah marah abng Amir supaya Amir lebih bertanggungjawab dan sayangkan adik. Dalam hal ini ayah silap kerana mengabaikan perasaan Amir. Moralnya jika nak beli mainan atau apa jua kena pastikan semua anak-anak dapat walaupun sedikit.

No comments: