Wednesday, February 24, 2016

TEMUJANJI RAWATAN DI PPUM

24 Februari 2016 PPUM: Pagi ini motor tak boleh start, banyak perkara tergendala

Ambil keputusan untuk ke PPUM untuk temujanji rawatan perut. Hari ni cuba perkhidmata UBER dari Suway ke PPUM angaran RM10-15 sahaja. Private ride dengan Honda City. Jauh lebih mudah dan murah berbanding bawa kereta sendiri. Selamat daripada jem dan bayar parking mahal di PPUM.

Sunday, February 14, 2016

14 Februari 2016, Bandar Sunway: Ahad seperti biasa dah jadi rutin temankan Amir dan Aisyah main taman. Bukan main seronok sekali. Aisyah tertarik dengan seorang baby, terus minta izin dengan makcik tu untuk tolong buaikan baby. Abang Amir hari ni main bola dengan ayah.

Masa yang menyeronokkan, ayah luangkan masa untuk anak-anak, tak tahu lagi akan datang sanggup tak anak-anak luangkan masa temankan ayah. Harapnya anak ayah Amir dan Aisyah tidak lupakan ayah.







Friday, February 12, 2016

MAKAN-MAKAN SEBELUM AKHIR KHIDMAT DI JPN SELANGOR

12 Februari 2016, JPN Selangor: Terima kasih diucapkan kepada semua warga Unit Rendah terutamanya Ketua Unit kerana tanpa dirancang telah membuat sedikit jamuan secara port luck sebelum saya melangkah keluar darpda JPN Selangor.

3 tahun berkhidmat di Unit Rendah JPN Selangor banyak pengalaman dan ilmu baharu disini. Jasa baik rakan-rakan diucapkan berbanyak terima kasih.


Monday, February 8, 2016

SARAPAN DI KEDAI KAK DAH BUKIT BIDANG

08 Februari 2016, Bukit Bidang Pasir Puteh: Pagi ni dah nak bertolak balik ke Bandar Sunway. Sempat la sekali lagi makan nasi berlauk di kedai Kak Dah Kg. Bukit Bidang.

Macam-macam ada daripada daging kerutuk, gulai ayam, ikan, ayam bakar, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih.

Amir dan Aisyah makan laksam, ayah dan Umi pilih nasi dan kerutuk daging.

Kedai Kak Dah ni dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari di simpang empat Kg Bukit Bidang. Setiap kali balik kampung memang tidak ketinggalan untuk breakfast di sini.

Bagi yang ingin mencuba breakfast santai tapi sedap dengan harga yang murah boleh la singgah atau boleh waze seperti link di bawah


https://www.waze.com/livemap?zoom=16&lat=5.90335&lon=102.29956




Sunday, February 7, 2016

JALA MAS @ PASAR BESAR SITI KHADHIJAH KOTA BHARU

7 Februari 2016, Kota Bharu: Aktiviti CNY yang pertama hari ni ialah temankan isteri ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Jalan memang seperti biasa sesak dengan perantau dan kaum cina yang keluar membeli barangan keperluan. Suasana meriah dengan pelbagai ragam manusia.

Isteri biasa ambil stok jala mas di sini untuk bisnes puding raja nya. Alhamdulillah tempahan puding raja menggalakkkan.

Puding raja isteri saya jual dengan harga RM 13 boleh la call 013-2440183 untuk tempahan atau setiap Sabtu dan Ahad di tempat letak kereta Pasar Seksyen 6 Shah Alam.

Saturday, February 6, 2016

BALIK KAMPUNG GONG XI FA CHAI 2016 DAN KENDURI KAHWIN ANGAH

06 Februari 2016 : Bertolak seawal 5 pagi dari Bandar Sunway sampai di Batu Caves dah jem. Ambil keputusan untuk lalu ikut jalan lama Gombak, laluan itu pun dah mula sesak. Berhenti solat Subuh di Genting Sempah dengan Amir. Teruskan perjalanan melalui jalan lama ke Bentong. Singgah sarapan, kenderaan semakin banyak dan mencabar. Ambil keputusan untuk lalu ikut Jalan alternatif ikut Mempaga.

Mungkin ayah dah semakin dimamah usia, memandu asyik mengantuk, singgah di Masjid Mempaga, solat Dhuha dan tidur seketika. teruskan perjalanan sampai Raub ikut jalan lama. Ayah mengantuk lagi dan Ummi sambung perjalanan dari Raub ke Kuala Lipis. Jalan sesak hingga ke Padang Tengku. Alhamdulillah dari Padang Tengku ke Merapoh jalan dah dua lane perjalanan lancar. Jika jalan baru dari Kuala Lipis ke Gua Musang siap perjalanan akan bertambah lancar.

Jam 2 baru sampai di Gua Musang untuk kenduri kahwin Angah.



Bentong, Pahang

Masjid Mempaga

Sunday, January 31, 2016

MALAM DI JALAN PUDU


31 Januari 2016, Jalan Pudu: Jam 1 pagi kehidupan baru sebagai pemandu Uber yang tak dirancang. Cubaan menyelami dan mencari pengalaman sebagai pemnadu amat cykup bermakna.

Malam ni setelah penat melayan permintaan rakan rider singgah sebentar untuk isi perut di Jalan Pudu sambil melihat liku-liku hidup warga kota. Ada yang bermewah, ada yang terawang-awangan mencari sudut untuk lelapkan mata. Itulah kehidupan, entah apa yang dicari sebenarnya, apa yang pasti mencari yang ekal abadi lebih beruntung daripada dilalaikan mencari yang sementara.




Friday, January 29, 2016

RONDA-RONDA DAN TETIBA DAPAT DUIT

29 jan 2016 : Malam yang boring, biasanya selepas jam 9 dah tidur, tiba-tiba rasa nak meronda sambil online UBER. Percubaan pertama menggunakan UBER apps. Akhirnya mengena apabila ada member UBER di Mid valley minta hantarnya ke Bukit Damansara. Nasib baik ada waze dan dia bagi arah ke sana. Percubaan pertama yang berjaya. Wah..seronoknya. Sistem terus jana berapa RM yang dapat. Kemudian rasa cuak dan nak balik, baru je gerak ada lagi member Uber di Stesen LRT Kelana Jaya minta hantar ke Tropicana. Uhhh parah..nak balik tetiba ada yang minta ambil di SS 15 Subang Jaya nak ke Sri Petaling. Uhh terus Offline denan rasa tidak percaya kepada diri sendiri bahawa dengan tak sengaja menjadi driver. Bagi saya UBER adalah konsep perkongsian kereta di antara member. Driver uber tidak ambil dan hantar orang yang bukan member, tidak ambil duit tambang daripada penumpang. 

Jam 12 malam dah mengantuk terus offline dan balik. Nak tahu berapa pendapatan pertama saya. Untuk 3 trip saya dapat RM45. Cukup bagus. Saya buat bila saya rajin sahaja untuk isi masa lapang.

Thursday, January 28, 2016

PENGALAMAN BARU SEBAGAI UBER PARTNER



28 Jan 2016 : Sebelum ni saya tidak pernah tahu perkhidmatan UBER sehinggalah semasa mencari idea macam mana nak menjana pendapatn daripada kereta sendiri. Semasa google idea ini saya tertarik dengan perkhidmatan UBER dengan tagline "EVERYONE PRIVATE DRIVER". Saya pun daftar online kemudian dihubungi berkali-kali oleh UBER untuk mendaftar. Setelahsebulan menolak ajakan UBER untuk ke office mereka, maka hari ini tergerak hati untuk berkunjung ke office UBER di Seksyen 15 Petaling Jaya.

Office agak besar dan menyakinkan. Bagi pembaca yang ingin tahu lebih lanjut boleh SIGN UP melalui website UBER.

https://login.uber.com/login


Jangan lupa masukkan MY INVITE CODE " k4z25bvcue " dan dapat hadiah daripada UBER.

Wednesday, January 27, 2016

SK SUBANG BESTARI MERAIKAN PERSARAAN KETUA SEKTOR DAN KETUA UNIT SPS JPN SELANGOR



27 Jan 2016, Sk Subang Bestari: Terima kasih kepada Guru Besar, warga pendidik dan murid-murid SK Subang Bestari kerana sudi meraikan persaraan Tuan Ketua Sektor Tuan Hj Mahmudi dan Ketua Unit En. zakariah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Selangor.

Tuesday, January 26, 2016

MESYUARAT TERAKHIR DI JPN SELANGOR


26 Januari 2016, JPN Selangor: Petang ini mungkin ini adalah mesyuarat terakhir sebagai pegawai JPN Selangor. Mesyuarat SPS dihadiri oleh KS dan semua Unit. Diberi peluang berucap sebelum bertukar ke tempat baharu. Terima kasih.

LUNCH DI KEDAI IKAN BAKAR SEKSYEN 6


26 Jan 2016, Seksyen 6 Shah Alam: Hari ini lunch di kedai ikan bakar, memang murah dan fresh. Lokasinya depan Pasar Awam Seksyen 6 Shah Alam. Nama kedai lupa la pulak. Kedai hujung sebelah kiri. Kami selalu lunch kat sini tetapi asyik lupa nama kedai. Kalau berkunjung ke Shah Alam boleh la merasa.

Monday, January 25, 2016

MAIN TAMAN


25 Jan 2016, Tasik Taman Sri Subang: Alhamdulillah hari ini diberi kelapangan untuk teman Amir dan Aisyah main kat Taman permaianan. Bukan main seronok dapat main. Amir jumpa kawan sekolahnya di SK Subang Jaya. Kelihatan ada geng budak-budak sedang memancing, yang lawaknya siap bawa bekal teh o ais dan digantung di tepi pokok. Itulah kehidupan kanak-kanak penuh dengan keriangan.

MALAM CINTA RASUL MASJID AL HUSNA BANDAR SUNWAY


Assalam, selamat memulakan tahun 2016. Sudah lama kami tidak update blog ini kerana kesibukan. Sekarang ada ruang masa untuk update blog kami.
Pembuka 2016 aktiviti malam ini dengan Forum Maulidur Rasul di Masjid Al Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Banyak sekali input yang diperolehi, rumusan dalam posting seterusnya, InsyaAllah.
Amir dan Aisyah happy la setiap kali ada majlis di Masjid. Lepas forum mesti ada makan. Walaupun kena beratur panjang dan juadah yang simple mereka tetap seronok sebab dapat berjemaah dan makan ramai- ramai di rumah Allah. InsyaAllah jika didunia kita sudi dan sanggup luangkan masa untuk berkunjung ke rumah Allah dan Istiqomah diharap di akhirat nanti dapat menjadi tetamu Allah

Saturday, January 23, 2016

BATU LAUT, BANTING 23 JANUARI 2016

Alhamdulillah pagi ini berjanji dengan BOB (Yusri) nak ke Batu Laut, Banting untuk melihat pasukan perahu layar Selangor membuat latihan.

Amir begitu teruja bila uncle Bob pelawa ronda dengan bot pancingnya. Sempat la Amir mencuba merasa naik kapal layar. Kebetulan pada masa itu ada team pengakap laut dari SMK Sentul kalau tidak silap berkemah dan membuat aktiviti di situ.

Baby Aisyah tidak ikut sama, main taman jer..

Unce Bob and The Gang memang pakar selok belok laut di situ dan menyediakan khidmat sewa bot kepada kaki pancing. Siapa yang berminat boleh hubungi emel azuar.ppdpp@gmail.com







KEBAIKAN DAN KEJAHATAN DI SISI ALLAH

Selamat bersua kembali, pagi yang damai 23 Januari 2016 Alhamdulillah diberi peluang untuk mendengar kuliah subuh di Masjid Al Husna, Bandar Sunway.

Ustaz penceramah bagi ini mengupas satu hadis berkenaan amalan kebaikan dan kejahatan di sisi Allah. Cukup jelas dan bermanfaat.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim rahimahumallah dalam kitabnya “Al-Jaami’ Ash-Shahiih”:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ: قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ، وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً، فَإِنْ هُوَ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً»
Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhuma, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang beliau riwayatkan dari rabbnya (hadis qudsi) azza wa jalla berfirman, yang beliau sabdakan: "Allah menulis kebaikan dan kejahatan," selanjutnya beliau jelaskan: "Siapa yang berniat kebaikan lantas tidak jadi ia amalkan, Allah mencatat satu kebaikan di sisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat lantas ia amalkan, Allah mencatatnya sepuluh kebaikan, bahkan hingga dilipat-gandakan tujuh ratus kali, bahkan lipat-ganda yang tidak terbatas, sebaliknya barangsiapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi ia amalkan, Allah menulis satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat kejahatan dan jadi ia lakukan, Allah menulisnya sebagai satu kejahatan saja."

Daripada Hadis ini 3 perkara utama yang saya perolehi ialah:
  • 1.       Kita wajib percaya kebaikan dan kejahatan itu adalah ketentuan Allah sebagaimana adanya syurga dan neraka. Allah lebih sukakan kebaikan berbanding kejahatan justeru itu Nabi Muhammad dan Al- Quran menyeru manusia kepada kebaikan.
  • 2.       Rahmat Allah itu teramat luas terutamanya kepada ummat Nabi Muhammad sehinggakan walaupun hanya dengan niat atau gerak hati untuk lakukan kebaikan terus diberi satu kebaikan walaupun tidak dapat laksanakan kebaikan tersebut apatah lagi jika kita lakukan terus diberi ganjaran 10 kali ganda hinga 700 kali. Sebaliknya jika terniat ingin lakukan kejahatan dan tidak lakukan kejahatan diberikan satu ganjaran kebaikan.
  • 3.       Apa yang kita faham disini timbangan amal akan sentiasa menyebelahi kebaikan. Isu Allah itu zalim tidak pernah wujud. Betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita. Walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada rahmat Allah. Syurga dan neraka juga bergantung kepada rahmat Allah bukan semata-mata kerana amalan kita. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha beramal untuk mencari rahmat dan keredhaan Allah.