Monday, December 28, 2015

KASIH SEORANG ABANG


28 Disember 2015, Bandar Sunway: Penghujung tahun diuji Allah, kami sekeluarga demam. Bila adik demam abang sibuk menjaga adiknya. Marissa Aisyah kena ingat masa adik demam abng lah yang sibuk menjaga adik, basahkan tuala dan letak atas kepala adik. Kelihatan abng risau jika adik demam. Walaupun jika keduanya tidak demam mereka asyik gaduh. Itulah kasih seorang abng kepada adiknya. Abang dan adik kena ingat saat-saat manis ini. Bila dan besar, berkeluarga nanti sesekali ingat saat-saat ini, abang sesekali nanti hubungi adik dan bertandanglah kerumah adik. Ingat dulu kamu tiada teman gaduh dan bermain yang lain. Kamu berdua anak ayah dan umi.

Sunday, December 13, 2015

HOBI SABTU DAN AHAD AMIR


13 Disember 2015 Bandar Sunway: Inilah hobi Amir bila hari cuti Sabtu dan Ahad. Main game Warcraft III dan Delta Force Black. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu dan Ahad. ayah hanya benarkan Amir main game bila cuti sekolah sahaja, hari lain "NO". Ayah bukan kejam dan zalim, ayah nak Amir tumpukan kepada mengaji Al-Quran dan pelajaran. Amir kalau main game memang tak ingat dah nak buat benda lain. Solat pun selalu kena ayah dan ummi ingatkan. Ayah nak Amir jadi anak yang soleh. Ayah bagi 2 hari sahaja untuk Amir main game. Kami sayangkan Amir.

Saturday, December 5, 2015

LIGA LAYAR MALAYSIA


5 Disember 2015, Taman Tasik Metropolitan Kepong: Hari ini cuti ayah dan Ummi bawa anak-anak jalan-jalan Taman Tasik Metropolitan Kepong, cadangannya nak tengok pertandingan Liga Layar Malaysia. Awal sangat datang pertandingan tak dimulakan lagi. So kita ronda-ronda dan bergambar di sekitar situ. Lama dah tak dapat keluar bersiar-siar macam ni selepas Ummi sakit.

Satu kesilapan yang Ayah lakukan ialah ayah belikan belon air sabun satu sahaja untuk Aisyah. Ayah tak belikan untuk Amir sebab Amir dah besar. Amir pun tak protes dan angguk sahaja. Lepas tu apalagi berebut la nak main dengan adik. yang jadi mangsa kena marah ialah abang Amir. Abang Amir ayah marah abng Amir supaya Amir lebih bertanggungjawab dan sayangkan adik. Dalam hal ini ayah silap kerana mengabaikan perasaan Amir. Moralnya jika nak beli mainan atau apa jua kena pastikan semua anak-anak dapat walaupun sedikit.

Friday, December 4, 2015

KITA KAWAN



4 Disember 2015 Masjid Bandar Sunway: Hari ni Jumaat, ayah akan balik kerja dan ambik Amir untuk sama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.

Hari ini kita jalan kaki, motor tak boleh start. Masa jalan ayah ceritakan kita jalan kaki dah rasa penat dan susah, tetapi ada orang hari-hari kena jalan kaki sebab tiada motor dan kereta, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. harapnya Amir faham dan amalkan sepanjang kehidupan Amir.

Kita kawan, kena bebel, kena marah, menangis bersama. Ayah sayang Amir.