Monday, December 28, 2015
KASIH SEORANG ABANG
28 Disember 2015, Bandar Sunway: Penghujung tahun diuji Allah, kami sekeluarga demam. Bila adik demam abang sibuk menjaga adiknya. Marissa Aisyah kena ingat masa adik demam abng lah yang sibuk menjaga adik, basahkan tuala dan letak atas kepala adik. Kelihatan abng risau jika adik demam. Walaupun jika keduanya tidak demam mereka asyik gaduh. Itulah kasih seorang abng kepada adiknya. Abang dan adik kena ingat saat-saat manis ini. Bila dan besar, berkeluarga nanti sesekali ingat saat-saat ini, abang sesekali nanti hubungi adik dan bertandanglah kerumah adik. Ingat dulu kamu tiada teman gaduh dan bermain yang lain. Kamu berdua anak ayah dan umi.
Sunday, December 13, 2015
HOBI SABTU DAN AHAD AMIR
13 Disember 2015 Bandar Sunway: Inilah hobi Amir bila hari cuti Sabtu dan Ahad. Main game Warcraft III dan Delta Force Black. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu dan Ahad. ayah hanya benarkan Amir main game bila cuti sekolah sahaja, hari lain "NO". Ayah bukan kejam dan zalim, ayah nak Amir tumpukan kepada mengaji Al-Quran dan pelajaran. Amir kalau main game memang tak ingat dah nak buat benda lain. Solat pun selalu kena ayah dan ummi ingatkan. Ayah nak Amir jadi anak yang soleh. Ayah bagi 2 hari sahaja untuk Amir main game. Kami sayangkan Amir.
Saturday, December 5, 2015
LIGA LAYAR MALAYSIA
5 Disember 2015, Taman Tasik Metropolitan Kepong: Hari ini cuti ayah dan Ummi bawa anak-anak jalan-jalan Taman Tasik Metropolitan Kepong, cadangannya nak tengok pertandingan Liga Layar Malaysia. Awal sangat datang pertandingan tak dimulakan lagi. So kita ronda-ronda dan bergambar di sekitar situ. Lama dah tak dapat keluar bersiar-siar macam ni selepas Ummi sakit.
Satu kesilapan yang Ayah lakukan ialah ayah belikan belon air sabun satu sahaja untuk Aisyah. Ayah tak belikan untuk Amir sebab Amir dah besar. Amir pun tak protes dan angguk sahaja. Lepas tu apalagi berebut la nak main dengan adik. yang jadi mangsa kena marah ialah abang Amir. Abang Amir ayah marah abng Amir supaya Amir lebih bertanggungjawab dan sayangkan adik. Dalam hal ini ayah silap kerana mengabaikan perasaan Amir. Moralnya jika nak beli mainan atau apa jua kena pastikan semua anak-anak dapat walaupun sedikit.
Friday, December 4, 2015
KITA KAWAN
4 Disember 2015 Masjid Bandar Sunway: Hari ni Jumaat, ayah akan balik kerja dan ambik Amir untuk sama-sama solat Jumaat di Masjid Al-Husna, Bandar Sunway.
Hari ini kita jalan kaki, motor tak boleh start. Masa jalan ayah ceritakan kita jalan kaki dah rasa penat dan susah, tetapi ada orang hari-hari kena jalan kaki sebab tiada motor dan kereta, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. harapnya Amir faham dan amalkan sepanjang kehidupan Amir.
Kita kawan, kena bebel, kena marah, menangis bersama. Ayah sayang Amir.
Tuesday, November 24, 2015
HARI ORIENTASI TAHUN 1 AMIR DI SK SUBANG JAYA
24 November 2015, Sk Subang Jaya: Pagi ni Amir begitu teruja untuk apakai uniform sekolah. Hari ni hari orientasi tahun 1 Amir di SK. Subang Jaya. Amir dari segi saiznya memang antara murid yang berbadan besar dan tinggi.
Amir cukup seronok bila berbaris dan berkenalan dengan guru kelas dan kawan-kawan baru. Masa ni Amir tiada kawan lain yang Amir kenal hanya Hakimi kawan se,asa di taman kasih dahulu sahaja. Langkah pertama Amir semoga berjaya.
Sunday, November 22, 2015
Tuesday, June 23, 2015
KULIAH SUBUH: PENYAKIT HATI
23 Jun 2015, Masjid Al-Husna Bandar Sunway: Kuliah Subuh oleh Ustaz Ismail membacakan Surah Al- Baqarah ayat 1-10.
- Hati perlu dijaga kerana ia merupakan raja yang mengawal perjalanan perlakuan manusia. Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
- Hati orang Munafik hati yang sakit kerana tidak kuat keyakinannya kepada Allah, maka pendiriannya tidak menentu, lebih suka kepada kebatilan.
- 2 jenis munafik iatu munafik amalan/perbuatan dan munafik agama/pegangan.
- Munafik amalan/perbuatan ini tidak mengeluarkan seseorang dari Islam (murtad). Mereka adalah orang yang jika berkata ia dusta, jika berjanji ia ingkar, dan jika diamanahkan ia khianat. Ia sangatlah membahayakan diri dan orang lain sehingga harus ditinggalkan sejauh-jauhnya.
- Munafik agama/pegangan pula mengeluarkan seseorang dari agamanya ( murtad ) dan mereka akan kekal di dasar neraka jahanam seperti yang digambarkan dalam surah an-Nisa di atas. Sifat mereka dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 8 sampai 20. Ciri-ciri mereka adalah mengaku beriman kepada Allah dan hari akhir, tapi Allah menolak keimanannya.
- Ayat ke 9 surah Al- Baqarah
Semoga bermanfaat untuk bacaan keluarga kita.

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.(QS.2:9)
- cara merawat penyakit hati: Membaca Al-Quran, Berpuasa, Bangun beribadah pada waktu malam, dekatkan diri dengan Allah(qimullai, sedekah, zikir), Biasakan ke majlis ilmu.
- Hati yang mati adalah hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya. Hati seperti ini tidak mengenal Allah, tidak menyembah-Nya dengan menjalankan perintah-Nya.
Semoga bermanfaat untuk bacaan keluarga kita.
Friday, February 13, 2015
BAHAGIA ABANG DAN ADIK
13 Februari 2015: Pagi ni Ayah kena jaga dua anak ayah Amir dan Aisyah. Pagi ni keadaan terkawal adik dan abng seronok main sama-sama. Sambil layan youtube adik boleh berada atas belakang abng dan nyanyi sama-sama. Bahagia sungguh hati seorang Ayah bila melihat anak-anak dapat duduk dan dapat bermain bersama-sama. Amir sebagai abng kena sentiasa jaga adik dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)