Tuesday, December 20, 2011

Amir..Amir

Semalam bagi Amir makan ubat cacing setelah 6 bulan lalu kali terakhir diberikan dos untuknya..huh, mlm td kol 12.30am dia terjaga sambil menangis2 sampai terbatuk-batuk & termuntah atas katil...mungkin sakit agaknya perut dia..

Pagi ni alhamdulillah mood Amir sangat baik & tak menangis sewaktu di hantar ke nursery pagi tadi...semoga berterusan begini selamanya.

Saturday, December 17, 2011

Hilangnya Seorang Ibu Saudara Tersayang..

Ptg td mendapat berita sedih tentang pemergian arwah ibu saudaraku tersayang Pn Hjh Khadijah bt Mohd Tahir.. sememangnya dari semalam aku dah berasa sedih setelah mendapat tahu dia rebah & dikejarkan ke hospital dengan ambulans..

Teringat lagi Isnin lepas tatkala nak berlepas balik ke KL dia melambai kami di tangga rumah Su..rupanya itulah kali terakhir aku menatap wajahnya..

Kol 7 aku berlepas utk pulang ke kampung kalau2 sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir tetapi rupanya jenazah dikebumikan malam tu jugak jam 9.30pm..So, sampai je di Bentong kami berpatah balik smula ke KL memandangkan kalau balik pun esok dah kena datang semula..dalam keadaan aku yang agak sarat rasanya tak larat untuk digagahi..

Semoga rohnya dicucuri rahmat & aman di sana...Al-Fatihah..

Friday, December 2, 2011

Hari kedua di nursery...

Seperti semalam jugak, before pergi kerja rutin baru aku sekarang menghantar Amir di nursery. Kalau sebelum ni just turun je lif sampai rumah babysitter tapi sekarang tidak lagi.. perlu bawak Amir sekali & drop dia di nursery..

Alhamdulillah sampai je di nursery terus disambut oleh kakak Sri Lanka tu..bukak je pintu kereta Amir terus menguntumkan senyumannya..kakak tu pun happy tgk budak baru yang sangat friendly macam Amir..salam je dgn ummi terus dia masuk pagar.

Balik td tanya kakak Ekin yang jaga Amir tu katanya hari ni Amir mmg mcm dah biasa di situ..Alhamdulillah! Dalam kereta sepanjang balik ke rumah tu pun dia cerita dia seronok di sekolah.. katanya dah tak mahu pergi rumah babysitter tapi nak pergi sekolah!

Thursday, December 1, 2011

Episod baru kehidupan Amir..

Tanggal 1 December bermula episod baru dalam kehidupan anakku..hari ni aku mula menghantarnya ke nursery.. wah, sungguh bersemangat dia nak pergi ke sekolah katanya.. hehe..pagi2 lagi bangun.

Walaupun dengan ketiadaan ayah disisi, ummi pergi menghantarnya..aku pun memang apply 0.5day leave hari ni just in case perlu mengambil semula Amir di nursery kalau dia memang x nak berada di sana.. Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali... Amir sangatlah berdikari orangnya.. even ini tempat baru buatnya tetapi tidak menjadi halangan langsung buatnya.. Ummi sangat bangga & happy dgn semangat anak ummi..:)

Before masuk ofis call Pn Zalina (owner nursery) tanyakan keadaan Amir katanya everything manageable & Amir seems OK..just mula2 tu je bila dia siap mandi dia tercari2 aku coz aku tinggal dia pun time dia tgh mandi..bila dipujuk2 all back to normal..alhamdulillah!

Balik ptg tu gi amik Amir terus dari ofis dlm kol 5.30pm..dapat tgk wajahnya cukup ceria..bercerita pengalamannya di nursery bersama kakak2 & kawan2... melompat2 dia bila balik tu..betapa seronoknya dia di tempat baru..ummi pun mmg happy tgk amir happy! katanya esok nak pergi sekolah lagi!

Monday, November 28, 2011

Berpicnic di PD..

Hari ni kami pergi ke PD bersama dgn family K.Dah..semua ni plan Baba..saja katanya nak berehat2 sambil berkelah di sana..Siap berBBQ lg.. best jgk! Alhamdulillah cuaca walaupun agak gelap tapi tidak hujan..masa dalam perjalanan balik petang tu je hujan disepanjang jalan.

Abg sempat la jugak berkayak di sana bersama Wajdi..Amir pun apa lagi tumpang sekaki jugak lah! Sangat happy dia dapat main air walaupun pada mulanya pijak air pun takut2.. :)

DSC_2157 DSC_2159 DSC_2160 DSC_2161 DSC_2162 DSC_2163 DSC_2164 DSC_2165 DSC_2166 DSC_2167 pd pd1 pd2 pd3 pd4 pd5 pd6 pd7

Friday, November 11, 2011

11.11.2011.. My 3rd checkup

After work tadi terus ajak Abg gi klinik utk 3rd checkup. Lagipun mlm ni dia free setelah 2 mlm berturut-turut berkursus...wah, gi ptg pu nampak gayanya ramai org kat klinik tu. Sampai giliran aku terus masuk. Amir & Abg pun ikut sama. My 1st question to doc biasalah jantina dah nampak ke belum? Doc pun awal2 lagi terus jwb not yet coz still early katanya 23 weeks +..tapi rasanya if aku gi kat gynae mungkin diorg dah boleh bagi tau kot jantinanya..huhu..aku dah la x sbr nak tahu.. Masa scan tadi pun doc mmg x komen byk la pasal jantina coz dia asyik cakap muda lagi & skrg semua look like girl..sabar mahizan..sabar...surprise betul kali ni. Boleh nampak baby tgh menonggeng sambil hisap jari tadi...oh, so cute! Alhamdulillah charges kali ni x mahal RM48 je termasuk 3 jenis vitamin semua tu!

Wednesday, November 9, 2011

Salam Aidiladha..








Alhamdulillah tahun ni masih diberi umur yang panjang & rezeki yang murah untuk bertemu dgn Aidiladha dan melaksanakan ibadah korban di kampung. Tahun ni kami pulang ke kampung dengan AirAsia. Kami bertolak pulang hari Jumaat 4/11/2011 dgn flight jam 6.30. Nasib baiklah Anum & Abg Die sudi menghantar kami ke LCCT pagi tu & Amir pun kol 3 am lg dah bgn.


Ibadah korban tahun ni di Bukit Merbau & aku mengorbankan 1 daripada 7 bahagian lembu. Sempat jugak lah bwk Amir tengok penyembelihan tu. Cuaca pagi tu pun tak hujan & semuanya berjalan dgn lancar. Enjoy the pics ya!

Wednesday, October 26, 2011

Happy Birthday to My Love!!!

Happy birthday Syg! Sebenarnya birthday Abg jatuh pada 28/10 tapi disebabkan dia terpaksa outstation ke Morib selama 2 hari so I have decided utk celebrate birthday Abg in advance.

Mlm ni treat Abg & Amir makan2 di Restoran Serai, Seksyen 3 Shah Alam. Tak boleh nak bwk gi jauh2 sgt coz bimbang kot Amir bad mood sbb hari ni dia tak tido siang tadi. Puas dipujuk utk tido dia tak nak..sudahnya Ummi & Ayah je yang tertido..haha.. Alhamdulillah malam ni Amir sgt behave sepanjang kat restoran tadi. So dapatlah kami makan dengan aman. TQ Amir sbb dgr kata Ummi... Tadi kami order Tom Yam Seafood, Buttered Prawn, Ayam Gajus, Kailan Ikan Masin, Barley Lime & Chocolate Banana Parfait. Alhamdulillah puas hati makanan boleh dikatakan sedap. Total semua RM100.50. So sorry sbb tak dapat nak amik gambar coz Abg tak bawak kamera pulak malam ni.

Thursday, October 20, 2011

Coretan Hari Khamis

Terpanggil pula utk bercerita di blog ni setelah sekian lama menyepi..bukannya menghilang ke mana cumanya kesuntukan masa. Semalam bawak Amir ke Klinik Hasmah setelah beberapa hari dia batuk..kesian sangat tgk dia batuk...asal kol 2 @ kol 3 mesti aku pun akan tersedar sbb dia batuk kuat sgt.

Pagi ni hantar dia gi umah K.dah dgn ubat baru..tiba2 td dapat panggilan dari K.dah katanya amir baling botol ubat yang kaca tu sampai hancur berkecai..huhu...amir..amir..mesti ada yang tak kena tu kalau x dia tak akan mengamuk macam tu sekali. memangnya k.dah kata dia gaduh dgn nurin sebelum tu.tak puas hati dengan hal tu la sampai dia leh bertindak mcm tu..macam manalah agaknya aku nak menasihati dia balik ni..aku pun sekarang ni kadang2 x tertahan..selalu memberontak..masih lagi tercari-cari formula terbaik nak bimbing & nasihat amir ni..begitulah susahnya nak membesarkan anakkan? harap sangat sesiapa yang arif dapat bagi sedikit tips utk mengawal tingkah laku anak berumur 2-3 tahun ni supaya mendengar cakap & tidak terlampau memberontak.

Monday, October 10, 2011

My 2nd checkup

2nd checkup buat kat Klinik Hasmah as suggested by Baba. Lagipun dekat dgn rumah & Doc pun perempuan sekampung..hehe..sekali lagi scan hari ni coz doc nak tgk..kali ni gi dgn abg & amir..both pun masuk masa tgh scan td..hoho..syok la amir coz kebetulan masa scan td nampak jari jemari bb seolah-olah sedang melambai dia. Ntah kenapa doc seolah-olah tak nak tgk lg sex baby. Bila aku tanya pun dia terus jawab tak nampak sedangkan jari, hidung baby semua mmg nampak clear tadi walaupun screennya sgtlah kecik. Kali ni scan 2D je la...Kalau ikutkan gambar scan tadi EDD baby lewat 10 hari dari EDD period coz saiz kecik.

Tadi buat blood test sekali. Total checkup kali ni RM100. Ok, reasonable la sbb vitamin pun ada 3 jenis, scan lg, urine & blood test. So decided to teruskan checkup di klinik ni je la.

Thursday, September 8, 2011

My 1st Checkup

Today is my 1st checkup for this 2nd pregnancy..kali nni decide nak buat checkup di private coz taknak buang masa & lagipun klinik kerajaan agak jauh dari rumah. So fixed appointment di KJMC. Kononnya senang lah after office boleh terus pergi buat checkup sbb dekat. Pilih Dr Fatima.

Alhamdulillah nampaknya semua sihat..baby masa scan tadi pun nampak kecik sgt2 lg..keseluruhannya doc pun kata nampak OK. Kat sana scan dia 4D so leh nampak imej tu lagi cantiklah. Budget semua utk checkup hari ni dalam RM100-130 tapi nampaknya diluar jangkaan semua sekali termasuk obimin + neurogain tadi RM230...wow!! pengsan if everytime pergi checkup kena charge mahal cam gini. So decide 2nd checkup nak buat kat tempat lain.

Friday, September 2, 2011

Thursday, August 25, 2011

Hello Semua

Wah...sudah lama saya tidak bersiaran di sini..bukan tiada bahan utk dikongsi malah terlampau banyak cuma masa sahaja tidak berapa mengizinkan bercampur dengan kemalasan..hehe...ni pun disebabkan malas nak buat kerja so amik la masa sat untuk menaip di sini..

pejam celik hari ni dah pun 25 ramadhan..alhamdulillah aku masih mampu utk berpuasa penuh setakat ini & insyaAllah sehingga ke hujung Ramadhan... maklumlah sekarang diriku berbadan dua..hehe...iya, amir insyaAllah akan dapat adik bulan 3 next year..skrg ni aku tgh pregnant 3 months..:).. harapnya segalanya dipermudahkan olehnya.

Alhamdulillah nampaknya pregnant kali ni pun macam dulu jgk tak ada morning sickness & segala macam sickness..harapnya berterusan selamanya begini. Amir pun semenjak diberitahu nak dapat adik ni selalu gak dtg gosok2 perut ummi dan bercakap2 dengan adiknya..

Sunday, July 10, 2011