Ptg td mendapat berita sedih tentang pemergian arwah ibu saudaraku tersayang Pn Hjh Khadijah bt Mohd Tahir.. sememangnya dari semalam aku dah berasa sedih setelah mendapat tahu dia rebah & dikejarkan ke hospital dengan ambulans..
Teringat lagi Isnin lepas tatkala nak berlepas balik ke KL dia melambai kami di tangga rumah Su..rupanya itulah kali terakhir aku menatap wajahnya..
Kol 7 aku berlepas utk pulang ke kampung kalau2 sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir tetapi rupanya jenazah dikebumikan malam tu jugak jam 9.30pm..So, sampai je di Bentong kami berpatah balik smula ke KL memandangkan kalau balik pun esok dah kena datang semula..dalam keadaan aku yang agak sarat rasanya tak larat untuk digagahi..
Semoga rohnya dicucuri rahmat & aman di sana...Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment