Thursday, October 20, 2011

Coretan Hari Khamis

Terpanggil pula utk bercerita di blog ni setelah sekian lama menyepi..bukannya menghilang ke mana cumanya kesuntukan masa. Semalam bawak Amir ke Klinik Hasmah setelah beberapa hari dia batuk..kesian sangat tgk dia batuk...asal kol 2 @ kol 3 mesti aku pun akan tersedar sbb dia batuk kuat sgt.

Pagi ni hantar dia gi umah K.dah dgn ubat baru..tiba2 td dapat panggilan dari K.dah katanya amir baling botol ubat yang kaca tu sampai hancur berkecai..huhu...amir..amir..mesti ada yang tak kena tu kalau x dia tak akan mengamuk macam tu sekali. memangnya k.dah kata dia gaduh dgn nurin sebelum tu.tak puas hati dengan hal tu la sampai dia leh bertindak mcm tu..macam manalah agaknya aku nak menasihati dia balik ni..aku pun sekarang ni kadang2 x tertahan..selalu memberontak..masih lagi tercari-cari formula terbaik nak bimbing & nasihat amir ni..begitulah susahnya nak membesarkan anakkan? harap sangat sesiapa yang arif dapat bagi sedikit tips utk mengawal tingkah laku anak berumur 2-3 tahun ni supaya mendengar cakap & tidak terlampau memberontak.

No comments: