Wednesday, February 8, 2012

Selepas 2 bulan di nursery..

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan Amir berada di nursery..alhamdulillah so far so good..dia pun masih lagi dalam proses mencari keserasian..even kadang2 pagi2 masih lg nangis2 manja..kandungan ku kini juga sudah mencecah 9 bulan..alhamdulillah masih lagi sihat walafia;t dan dapat menjalani rutin harian seperti biasa cuma sekarang terasa badan makin berat..:)

Pregnancy kali ni pun syukur sgt2 sebab takde sebarang masalah seperti mengandungkan Amir dulu jugak cuma agak sedikit surprise dgn jantina baby..tak sabar rasanya nak mendapatkan kepastian..baby sangatlah aktif..terjaga tgh mlm pun masih lagi dapat merasa tendangannya..:)

Amir aku rasakan semenjak akhir2 ni semakin manja & perlukan perhatian lebih..macam2 dilakukannya utk tarik perhatian aku & abg..asyik nak berdukung manjang..tak kena sikit suka baling2 barang & mengamuk..adakah ini perkara biasa bagi seseorang yang nak dapat adik???ntahlah aku pun tak tahu tapi ramai yang cakap begitu..cuma harapnya aku akan bayak bersabar melayan karenahnya..

Tuesday, December 20, 2011

Amir..Amir

Semalam bagi Amir makan ubat cacing setelah 6 bulan lalu kali terakhir diberikan dos untuknya..huh, mlm td kol 12.30am dia terjaga sambil menangis2 sampai terbatuk-batuk & termuntah atas katil...mungkin sakit agaknya perut dia..

Pagi ni alhamdulillah mood Amir sangat baik & tak menangis sewaktu di hantar ke nursery pagi tadi...semoga berterusan begini selamanya.

Saturday, December 17, 2011

Hilangnya Seorang Ibu Saudara Tersayang..

Ptg td mendapat berita sedih tentang pemergian arwah ibu saudaraku tersayang Pn Hjh Khadijah bt Mohd Tahir.. sememangnya dari semalam aku dah berasa sedih setelah mendapat tahu dia rebah & dikejarkan ke hospital dengan ambulans..

Teringat lagi Isnin lepas tatkala nak berlepas balik ke KL dia melambai kami di tangga rumah Su..rupanya itulah kali terakhir aku menatap wajahnya..

Kol 7 aku berlepas utk pulang ke kampung kalau2 sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir tetapi rupanya jenazah dikebumikan malam tu jugak jam 9.30pm..So, sampai je di Bentong kami berpatah balik smula ke KL memandangkan kalau balik pun esok dah kena datang semula..dalam keadaan aku yang agak sarat rasanya tak larat untuk digagahi..

Semoga rohnya dicucuri rahmat & aman di sana...Al-Fatihah..

Friday, December 2, 2011

Hari kedua di nursery...

Seperti semalam jugak, before pergi kerja rutin baru aku sekarang menghantar Amir di nursery. Kalau sebelum ni just turun je lif sampai rumah babysitter tapi sekarang tidak lagi.. perlu bawak Amir sekali & drop dia di nursery..

Alhamdulillah sampai je di nursery terus disambut oleh kakak Sri Lanka tu..bukak je pintu kereta Amir terus menguntumkan senyumannya..kakak tu pun happy tgk budak baru yang sangat friendly macam Amir..salam je dgn ummi terus dia masuk pagar.

Balik td tanya kakak Ekin yang jaga Amir tu katanya hari ni Amir mmg mcm dah biasa di situ..Alhamdulillah! Dalam kereta sepanjang balik ke rumah tu pun dia cerita dia seronok di sekolah.. katanya dah tak mahu pergi rumah babysitter tapi nak pergi sekolah!

Thursday, December 1, 2011

Episod baru kehidupan Amir..

Tanggal 1 December bermula episod baru dalam kehidupan anakku..hari ni aku mula menghantarnya ke nursery.. wah, sungguh bersemangat dia nak pergi ke sekolah katanya.. hehe..pagi2 lagi bangun.

Walaupun dengan ketiadaan ayah disisi, ummi pergi menghantarnya..aku pun memang apply 0.5day leave hari ni just in case perlu mengambil semula Amir di nursery kalau dia memang x nak berada di sana.. Ternyata sangkaan itu meleset sama sekali... Amir sangatlah berdikari orangnya.. even ini tempat baru buatnya tetapi tidak menjadi halangan langsung buatnya.. Ummi sangat bangga & happy dgn semangat anak ummi..:)

Before masuk ofis call Pn Zalina (owner nursery) tanyakan keadaan Amir katanya everything manageable & Amir seems OK..just mula2 tu je bila dia siap mandi dia tercari2 aku coz aku tinggal dia pun time dia tgh mandi..bila dipujuk2 all back to normal..alhamdulillah!

Balik ptg tu gi amik Amir terus dari ofis dlm kol 5.30pm..dapat tgk wajahnya cukup ceria..bercerita pengalamannya di nursery bersama kakak2 & kawan2... melompat2 dia bila balik tu..betapa seronoknya dia di tempat baru..ummi pun mmg happy tgk amir happy! katanya esok nak pergi sekolah lagi!

Monday, November 28, 2011

Berpicnic di PD..

Hari ni kami pergi ke PD bersama dgn family K.Dah..semua ni plan Baba..saja katanya nak berehat2 sambil berkelah di sana..Siap berBBQ lg.. best jgk! Alhamdulillah cuaca walaupun agak gelap tapi tidak hujan..masa dalam perjalanan balik petang tu je hujan disepanjang jalan.

Abg sempat la jugak berkayak di sana bersama Wajdi..Amir pun apa lagi tumpang sekaki jugak lah! Sangat happy dia dapat main air walaupun pada mulanya pijak air pun takut2.. :)

DSC_2157 DSC_2159 DSC_2160 DSC_2161 DSC_2162 DSC_2163 DSC_2164 DSC_2165 DSC_2166 DSC_2167 pd pd1 pd2 pd3 pd4 pd5 pd6 pd7

Friday, November 11, 2011

11.11.2011.. My 3rd checkup

After work tadi terus ajak Abg gi klinik utk 3rd checkup. Lagipun mlm ni dia free setelah 2 mlm berturut-turut berkursus...wah, gi ptg pu nampak gayanya ramai org kat klinik tu. Sampai giliran aku terus masuk. Amir & Abg pun ikut sama. My 1st question to doc biasalah jantina dah nampak ke belum? Doc pun awal2 lagi terus jwb not yet coz still early katanya 23 weeks +..tapi rasanya if aku gi kat gynae mungkin diorg dah boleh bagi tau kot jantinanya..huhu..aku dah la x sbr nak tahu.. Masa scan tadi pun doc mmg x komen byk la pasal jantina coz dia asyik cakap muda lagi & skrg semua look like girl..sabar mahizan..sabar...surprise betul kali ni. Boleh nampak baby tgh menonggeng sambil hisap jari tadi...oh, so cute! Alhamdulillah charges kali ni x mahal RM48 je termasuk 3 jenis vitamin semua tu!