Kenny Rogers @ Aeon Mall
Saturday, May 4, 2019
Friday, May 3, 2019
Saturday, March 30, 2019
Tuesday, March 26, 2019
Saturday, March 16, 2019
Saturday, January 26, 2019
Thursday, January 24, 2019
Welcome Home Ma & Ayah
Kol 10.45am tadi aku drive ke airport bersama Aidan untuk menjemput ma, ayah & anum yang datang menghantar. Alhamdulillah Aidan pun behave dalam kereta sepanjang pergi & balik. Welcome home buat ma & ayah. Syukur dah boleh balik sini untuk selamanya...
Saturday, January 19, 2019
EBM
Hari ni first time intoduce EBM pada Aidan. Ingatkan dah terlambat (55 hari) tapi alhamdulillah dia boleh minum EBM dengan baik.
Tuesday, January 8, 2019
Day 44: Hari Terakhir Pantang
Hari ni hari terakhir pantang. Alhamdulillah walaupun kali ini berpantang sendiri tanpa bantuan orang tua tapi semuanya berjalan dengan baik. Jutaan terima kasih aku ucapkan buat suamiku tercinta yang dengan sepenuh hati menjaga kami 2 beranak sepanjang cuti persekolahan. Hanya Allah yang dapat membalas pertolonganmu Abang. Terima kasih juga aku ucapkan pada semua yang datang menziarahi kami berdua sepanjang tempoh rehat kami tersebut, Hany dari Spa Qasandra yang sudi memanjakan diriku dengan mengurut dan bertungku dan semua yang telah banyak membantuku. Tidak lupa anak sulungku Amir yang sangat2 banyak menolong ummi & ayah.
Sunday, January 6, 2019
Saturday, January 5, 2019
Friday, January 4, 2019
Monday, December 31, 2018
Saturday, December 29, 2018
Hari Pendaftaran & Orientasi Darjah 1
Hari ni separuh hari kami berada di SK Zainab 2 untuk hari pendaftaran & orientasi darjah 1 Aisyah. Alhamdulillah Aidan pun sangat behave dalam sling carrier. Tidur je sepanjang majlis cuma bangun untuk menyusu.
Thursday, December 27, 2018
Imunisasi pertama Aidan
Hari ni hari ke-32 Aidan. Buat pertama kalinya kami ke KKB Klinik Ibu Anak Kota Bharu untuk suntikan sebulan Aidan. Alhamdulillah beratnya sekarang dah 3.8kg dan berat aku sendiri 57kg iaitu 1kg kurang dari berat asal 58kg sebelum mengandung. Yahooo!!! Aidan menangis sekejap je tadi masa mula-mula kena jarum. Mungkin sebab terkejut tidur.
Wednesday, December 26, 2018
Happy 1 month old Aidan
Hari ni genap sebulan umur Muhammad Aidan. Alhamdulillah sepanjang sebulan umurnya dia sangat senang diurus dan tidak meragam. Dia seakan mengerti aku berpantang sendirian dan hanya dijaga oleh ayahnya sepanjang tempoh berpantang ini. Semoga hari-hari mendatang juga Aidan terus di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa memudahkan aku.
Friday, December 21, 2018
Thursday, December 20, 2018
Hijrah kami.. dari Selangor ke Kota Bharu
Hari ini tanggal 20/12/2018 kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan untuk selamanya. Bye Selangor.. kami dah nak jadi rakyat negeri Kelate. Bye Apartment Kayangan, bye segalanya..hanya kenangan akan kekal di ingatan kami..
Tuesday, December 11, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































