Hari ni hari ke-32 Aidan. Buat pertama kalinya kami ke KKB Klinik Ibu Anak Kota Bharu untuk suntikan sebulan Aidan. Alhamdulillah beratnya sekarang dah 3.8kg dan berat aku sendiri 57kg iaitu 1kg kurang dari berat asal 58kg sebelum mengandung. Yahooo!!! Aidan menangis sekejap je tadi masa mula-mula kena jarum. Mungkin sebab terkejut tidur.
No comments:
Post a Comment