Monday, December 31, 2018

Saturday, December 29, 2018

Hari Pendaftaran & Orientasi Darjah 1

Hari ni separuh hari kami berada di SK Zainab 2 untuk hari pendaftaran & orientasi darjah 1 Aisyah. Alhamdulillah Aidan pun sangat behave dalam sling carrier. Tidur je sepanjang majlis cuma bangun untuk menyusu.





Thursday, December 27, 2018

Imunisasi pertama Aidan

Hari ni hari ke-32 Aidan. Buat pertama kalinya kami ke KKB Klinik Ibu Anak Kota Bharu untuk suntikan sebulan Aidan.  Alhamdulillah beratnya sekarang dah 3.8kg dan berat aku sendiri 57kg iaitu 1kg kurang dari berat asal 58kg sebelum mengandung. Yahooo!!! Aidan menangis sekejap je tadi masa mula-mula kena jarum. Mungkin sebab terkejut tidur.





Wednesday, December 26, 2018

Happy 1 month old Aidan

Hari ni genap sebulan umur Muhammad Aidan. Alhamdulillah sepanjang sebulan umurnya dia sangat senang diurus dan tidak meragam. Dia seakan mengerti aku berpantang sendirian dan hanya dijaga oleh ayahnya sepanjang tempoh berpantang ini. Semoga hari-hari mendatang juga Aidan terus di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa memudahkan aku.




Friday, December 21, 2018

Majlis Cukur Jambul Aidan

Ringkas tapi cukup bermakna buat kami sekeluarga. Majlis diadakan di rumah Kak Dah Bukit Bidang.




Thursday, December 20, 2018

Hijrah kami.. dari Selangor ke Kota Bharu



Hari ini tanggal 20/12/2018 kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan untuk selamanya. Bye Selangor.. kami dah nak jadi rakyat negeri Kelate. Bye Apartment Kayangan, bye segalanya..hanya kenangan akan kekal di ingatan kami..


Wednesday, December 5, 2018

Gugur Tali Pusat Aidan

Gugur semasa ummi nak bukak baju untuk dimandikan. Terlupa pulak nak snap gambar masa tersebut.


Monday, December 3, 2018