Hari ni bermulanya operasi..
Monday, December 31, 2018
Saturday, December 29, 2018
Hari Pendaftaran & Orientasi Darjah 1
Hari ni separuh hari kami berada di SK Zainab 2 untuk hari pendaftaran & orientasi darjah 1 Aisyah. Alhamdulillah Aidan pun sangat behave dalam sling carrier. Tidur je sepanjang majlis cuma bangun untuk menyusu.
Thursday, December 27, 2018
Imunisasi pertama Aidan
Hari ni hari ke-32 Aidan. Buat pertama kalinya kami ke KKB Klinik Ibu Anak Kota Bharu untuk suntikan sebulan Aidan. Alhamdulillah beratnya sekarang dah 3.8kg dan berat aku sendiri 57kg iaitu 1kg kurang dari berat asal 58kg sebelum mengandung. Yahooo!!! Aidan menangis sekejap je tadi masa mula-mula kena jarum. Mungkin sebab terkejut tidur.
Wednesday, December 26, 2018
Happy 1 month old Aidan
Hari ni genap sebulan umur Muhammad Aidan. Alhamdulillah sepanjang sebulan umurnya dia sangat senang diurus dan tidak meragam. Dia seakan mengerti aku berpantang sendirian dan hanya dijaga oleh ayahnya sepanjang tempoh berpantang ini. Semoga hari-hari mendatang juga Aidan terus di berikan kesihatan yang baik dan sentiasa memudahkan aku.
Friday, December 21, 2018
Thursday, December 20, 2018
Hijrah kami.. dari Selangor ke Kota Bharu
Hari ini tanggal 20/12/2018 kami sekeluarga bertolak balik ke Kelantan untuk selamanya. Bye Selangor.. kami dah nak jadi rakyat negeri Kelate. Bye Apartment Kayangan, bye segalanya..hanya kenangan akan kekal di ingatan kami..
Tuesday, December 11, 2018
Wednesday, December 5, 2018
Monday, December 3, 2018
Sunday, December 2, 2018
Friday, November 30, 2018
Selamat Bersalin
Jam 4 petang 26/11/2018 mula rasa contraction. Jam 5 petang semua turun ke kolam. Aku pun memula konon nak jugak turun ke kolam untuk exercise berjalan untuk mudah bersalin tapi terpaksa lupakan semua sebab perut makin sakit. Jam 6 petang diorang naik dari kolam terus ajak ke hospital. Mula-mula ingat nak hantar Amir dan Aisyah ke rumah Anum dulu sebelum ke hospital. Tapi sampai depan Mentari Court kami tukar plan untuk terus ke hospital.
Kol 7pm sampai di labour room PPUM. Dalam kereta memang sakit tak terkata. Nasib baik la kami terus ke PPUM. Masa sampai doktor cek bukaan dah pun 9cm. Terus dipecahkan air ketuban.
Tepat jam 8.07pm selamatlah aku bersalin secara normal seorang baby boy seberat 3.145kg. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan cepat dan lancar. Hanya disambut oleh 2 orang misi. Abang pun tak dibenarkan masuk sebab ada Amir & Aisyah.
Thursday, November 29, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)