Wednesday, October 26, 2011

Happy Birthday to My Love!!!

Happy birthday Syg! Sebenarnya birthday Abg jatuh pada 28/10 tapi disebabkan dia terpaksa outstation ke Morib selama 2 hari so I have decided utk celebrate birthday Abg in advance.

Mlm ni treat Abg & Amir makan2 di Restoran Serai, Seksyen 3 Shah Alam. Tak boleh nak bwk gi jauh2 sgt coz bimbang kot Amir bad mood sbb hari ni dia tak tido siang tadi. Puas dipujuk utk tido dia tak nak..sudahnya Ummi & Ayah je yang tertido..haha.. Alhamdulillah malam ni Amir sgt behave sepanjang kat restoran tadi. So dapatlah kami makan dengan aman. TQ Amir sbb dgr kata Ummi... Tadi kami order Tom Yam Seafood, Buttered Prawn, Ayam Gajus, Kailan Ikan Masin, Barley Lime & Chocolate Banana Parfait. Alhamdulillah puas hati makanan boleh dikatakan sedap. Total semua RM100.50. So sorry sbb tak dapat nak amik gambar coz Abg tak bawak kamera pulak malam ni.

Thursday, October 20, 2011

Coretan Hari Khamis

Terpanggil pula utk bercerita di blog ni setelah sekian lama menyepi..bukannya menghilang ke mana cumanya kesuntukan masa. Semalam bawak Amir ke Klinik Hasmah setelah beberapa hari dia batuk..kesian sangat tgk dia batuk...asal kol 2 @ kol 3 mesti aku pun akan tersedar sbb dia batuk kuat sgt.

Pagi ni hantar dia gi umah K.dah dgn ubat baru..tiba2 td dapat panggilan dari K.dah katanya amir baling botol ubat yang kaca tu sampai hancur berkecai..huhu...amir..amir..mesti ada yang tak kena tu kalau x dia tak akan mengamuk macam tu sekali. memangnya k.dah kata dia gaduh dgn nurin sebelum tu.tak puas hati dengan hal tu la sampai dia leh bertindak mcm tu..macam manalah agaknya aku nak menasihati dia balik ni..aku pun sekarang ni kadang2 x tertahan..selalu memberontak..masih lagi tercari-cari formula terbaik nak bimbing & nasihat amir ni..begitulah susahnya nak membesarkan anakkan? harap sangat sesiapa yang arif dapat bagi sedikit tips utk mengawal tingkah laku anak berumur 2-3 tahun ni supaya mendengar cakap & tidak terlampau memberontak.

Monday, October 10, 2011

My 2nd checkup

2nd checkup buat kat Klinik Hasmah as suggested by Baba. Lagipun dekat dgn rumah & Doc pun perempuan sekampung..hehe..sekali lagi scan hari ni coz doc nak tgk..kali ni gi dgn abg & amir..both pun masuk masa tgh scan td..hoho..syok la amir coz kebetulan masa scan td nampak jari jemari bb seolah-olah sedang melambai dia. Ntah kenapa doc seolah-olah tak nak tgk lg sex baby. Bila aku tanya pun dia terus jawab tak nampak sedangkan jari, hidung baby semua mmg nampak clear tadi walaupun screennya sgtlah kecik. Kali ni scan 2D je la...Kalau ikutkan gambar scan tadi EDD baby lewat 10 hari dari EDD period coz saiz kecik.

Tadi buat blood test sekali. Total checkup kali ni RM100. Ok, reasonable la sbb vitamin pun ada 3 jenis, scan lg, urine & blood test. So decided to teruskan checkup di klinik ni je la.