Wednesday, February 24, 2016

TEMUJANJI RAWATAN DI PPUM

24 Februari 2016 PPUM: Pagi ini motor tak boleh start, banyak perkara tergendala

Ambil keputusan untuk ke PPUM untuk temujanji rawatan perut. Hari ni cuba perkhidmata UBER dari Suway ke PPUM angaran RM10-15 sahaja. Private ride dengan Honda City. Jauh lebih mudah dan murah berbanding bawa kereta sendiri. Selamat daripada jem dan bayar parking mahal di PPUM.

Sunday, February 14, 2016

14 Februari 2016, Bandar Sunway: Ahad seperti biasa dah jadi rutin temankan Amir dan Aisyah main taman. Bukan main seronok sekali. Aisyah tertarik dengan seorang baby, terus minta izin dengan makcik tu untuk tolong buaikan baby. Abang Amir hari ni main bola dengan ayah.

Masa yang menyeronokkan, ayah luangkan masa untuk anak-anak, tak tahu lagi akan datang sanggup tak anak-anak luangkan masa temankan ayah. Harapnya anak ayah Amir dan Aisyah tidak lupakan ayah.







Friday, February 12, 2016

MAKAN-MAKAN SEBELUM AKHIR KHIDMAT DI JPN SELANGOR

12 Februari 2016, JPN Selangor: Terima kasih diucapkan kepada semua warga Unit Rendah terutamanya Ketua Unit kerana tanpa dirancang telah membuat sedikit jamuan secara port luck sebelum saya melangkah keluar darpda JPN Selangor.

3 tahun berkhidmat di Unit Rendah JPN Selangor banyak pengalaman dan ilmu baharu disini. Jasa baik rakan-rakan diucapkan berbanyak terima kasih.


Monday, February 8, 2016

SARAPAN DI KEDAI KAK DAH BUKIT BIDANG

08 Februari 2016, Bukit Bidang Pasir Puteh: Pagi ni dah nak bertolak balik ke Bandar Sunway. Sempat la sekali lagi makan nasi berlauk di kedai Kak Dah Kg. Bukit Bidang.

Macam-macam ada daripada daging kerutuk, gulai ayam, ikan, ayam bakar, nasi kerabu, nasi dagang dan kuih muih.

Amir dan Aisyah makan laksam, ayah dan Umi pilih nasi dan kerutuk daging.

Kedai Kak Dah ni dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari di simpang empat Kg Bukit Bidang. Setiap kali balik kampung memang tidak ketinggalan untuk breakfast di sini.

Bagi yang ingin mencuba breakfast santai tapi sedap dengan harga yang murah boleh la singgah atau boleh waze seperti link di bawah


https://www.waze.com/livemap?zoom=16&lat=5.90335&lon=102.29956




Sunday, February 7, 2016

JALA MAS @ PASAR BESAR SITI KHADHIJAH KOTA BHARU

7 Februari 2016, Kota Bharu: Aktiviti CNY yang pertama hari ni ialah temankan isteri ke Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Jalan memang seperti biasa sesak dengan perantau dan kaum cina yang keluar membeli barangan keperluan. Suasana meriah dengan pelbagai ragam manusia.

Isteri biasa ambil stok jala mas di sini untuk bisnes puding raja nya. Alhamdulillah tempahan puding raja menggalakkkan.

Puding raja isteri saya jual dengan harga RM 13 boleh la call 013-2440183 untuk tempahan atau setiap Sabtu dan Ahad di tempat letak kereta Pasar Seksyen 6 Shah Alam.

Saturday, February 6, 2016

BALIK KAMPUNG GONG XI FA CHAI 2016 DAN KENDURI KAHWIN ANGAH

06 Februari 2016 : Bertolak seawal 5 pagi dari Bandar Sunway sampai di Batu Caves dah jem. Ambil keputusan untuk lalu ikut jalan lama Gombak, laluan itu pun dah mula sesak. Berhenti solat Subuh di Genting Sempah dengan Amir. Teruskan perjalanan melalui jalan lama ke Bentong. Singgah sarapan, kenderaan semakin banyak dan mencabar. Ambil keputusan untuk lalu ikut Jalan alternatif ikut Mempaga.

Mungkin ayah dah semakin dimamah usia, memandu asyik mengantuk, singgah di Masjid Mempaga, solat Dhuha dan tidur seketika. teruskan perjalanan sampai Raub ikut jalan lama. Ayah mengantuk lagi dan Ummi sambung perjalanan dari Raub ke Kuala Lipis. Jalan sesak hingga ke Padang Tengku. Alhamdulillah dari Padang Tengku ke Merapoh jalan dah dua lane perjalanan lancar. Jika jalan baru dari Kuala Lipis ke Gua Musang siap perjalanan akan bertambah lancar.

Jam 2 baru sampai di Gua Musang untuk kenduri kahwin Angah.



Bentong, Pahang

Masjid Mempaga