Tuesday, June 23, 2015

KULIAH SUBUH: PENYAKIT HATI

23 Jun 2015, Masjid Al-Husna Bandar Sunway:  Kuliah Subuh oleh Ustaz Ismail membacakan Surah  Al- Baqarah ayat 1-10.

- Hati perlu dijaga kerana ia merupakan raja yang mengawal perjalanan perlakuan manusia. Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

- Hati orang Munafik hati yang sakit kerana tidak kuat keyakinannya kepada Allah, maka pendiriannya tidak menentu, lebih suka kepada kebatilan.

- 2 jenis munafik iatu munafik amalan/perbuatan dan munafik agama/pegangan.

- Munafik amalan/perbuatan ini tidak mengeluarkan seseorang dari Islam (murtad). Mereka adalah orang yang jika berkata ia dusta, jika berjanji ia ingkar, dan jika diamanahkan ia khianat. Ia sangatlah membahayakan diri dan orang lain sehingga harus ditinggalkan sejauh-jauhnya.

- Munafik agama/pegangan pula mengeluarkan seseorang dari agamanya ( murtad ) dan mereka akan kekal di dasar neraka jahanam seperti yang digambarkan dalam surah an-Nisa di atas. Sifat mereka dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 8 sampai 20. Ciri-ciri mereka adalah mengaku beriman kepada Allah dan hari akhir, tapi Allah menolak keimanannya.

- Ayat ke 9 surah Al- Baqarah 


يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.(QS.2:9)
- cara merawat penyakit hati: Membaca Al-Quran, Berpuasa, Bangun beribadah pada waktu malam, dekatkan diri dengan Allah(qimullai, sedekah, zikir), Biasakan ke majlis ilmu.
Hati yang mati adalah hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya. Hati seperti ini tidak mengenal Allah, tidak menyembah-Nya dengan menjalankan perintah-Nya.

Semoga bermanfaat untuk bacaan keluarga kita.