Wednesday, July 11, 2012
Dugaan...
Di kala post ini ditaip aku masih lagi berada di pejabat..ohhh..orang yang biasa paling panctual keluar dari ofis tapi kini menjadi workholic??? oh no...sampai bilakah episod ini akan berakhir..Ya Allah bantulah hambamu ini...sesungguhnya sedikit tekanan sudah mula dirasai..kuatkan lah semangatku untuk hadapi dugaan dariMu ini Ya Allah...kasihanilah anak2ku yang masih lagi berada di nursery di kala & saat ini.
Friday, July 6, 2012
Kehilangan..
Hari ni berdepan dengan situasi yang paling tidak diduga...aku di uji olehNya dengan kehilangan kereta pertamaku sang merah WMR1257...pagi-pagi lagi dikejutkan dengan kehilangannya. Memang tak pernah terfikir langsung untuk berpisah dengannya dalam keadaan begini apatah lagi aku baru sahaja memilikinya sepenuhnya..Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini dengan dugaanMu ini...walau macam manapun aku tetap redha..
Wednesday, July 4, 2012
Mesin Basuh & Kipas Baru
Hooreyyyy! balik kerja hari ni Abg buat surprise dgn membeli Mesin basuh baru...besar pulak tu..mcm boleh aku membuka kedai dobi..hehe...13kg brand Hitachi. Katanya senang utk basuh toto sekali. Kipas dinding kat bilik Amir pun dibeli sekali di kedai yang sama & terus dipasang oleh pekerja yang hantar barang semalam....TQ Abang...Luv U Very Much!!!
Sunday, July 1, 2012
Tahniah Buat Marissa Aisyah..
Setelah berkali2 mencuba utk meniarap akhirnya berjaya juga dia berpusing hari ni...wah sungguh happy dia bila dapat meniarap tadi tapi bila dipusing & disuruh meniarap lagi dah tak buat. Tengah2 syok ummi duk pakaikan aisyah dress untuk bergambar, letak je dia terus meniarap.
Subscribe to:
Posts (Atom)