Thursday, May 17, 2012
Mulai Konfiden..
Alhamdulillah hari ni dah mulai konfiden drive kereta. Pagi2 lagi sekarang ni dah sibuk mengusung barang2 & anak2...beg pun semakin bertambah memandangkan ada 2 cooler bag yg harus dibawa setiap hari..susah2 dahulu bersenang-senang kemudian...:) Demi puteriku akan ku beri yang terbaik buatnya memandangkan Amir dulu awal2 lagi dah campur dengan FM..tapi kali ni insyaAllah nekad nak exclusively BF Marissa Aisyah selama 2 thn. Doakan lah ya kawan2..
Tuesday, May 15, 2012
My fist drive..
Hari ni adalah hari pertama aku drive sendiri CRV ke ofis..perasaan masih lagi tak berapa konfiden sbb rasa mcm besar je. Best tu memang best la kalau nak dibandingkan dgn wira merahku..InsyaAllah hari2 mendatanag keyakinan akan lebih bertambah & semoga perjalanan ku dgn CRV ini sentiasa dirahmati..InsyaAllah..
Saturday, May 12, 2012
Selamat tinggal Sang Kancil & Selamat Datang CRV
Hari ni kami sekeluarga ke Selayang utk mengambil CRV...Terasa sedih pulak untuk meninggalkan kancil di situ..lebih setahun kancil tu bersama kami akhirnya dijual juga. Alhamdulillah masih ada lagi nilai sebanyak RM3500..hehe. Tepat jam 5 CRV pula menggantikan sang kancil. Semoga dia dapat berkhidmat dgn kami sebaiknya..InsyaAllah..:) Ambik je CRV terus kami test drive ke Gua Musang. Alhamdulillah semuanya lancar.
Friday, May 4, 2012
First day of work after maternity
Hari ni start kerja semula setelah 2 bulan cuti bersalin...dengan ini bermulalah episod mengepam susu di ofis. Alhamdulillah berjaya mengepam dalam 3 sessi iaitu pagi, luch hour & sebelum balik...hari ni dpt dalam 15 oz..semoga diriku akan gigih berusaha setiap hari untuk bekalan puteriku sepanjang peninggalan ku ke pejabat..InsyaAllah.
Wednesday, May 2, 2012
Hari pertama Marissa Aisyah di taska
Hari ni mulai menghatar Marissa Aisyah ke taska sebelum aku masuk bekerja semula. Masa gi hantar tadi matanya masih terpejam..Agaknya bila bangun pasti pelik bila melihat semua muka2 baru & tangan orang lain yang memandikan & menyiapkan dia. Amir pun nampaknya gembira sebab adik ikut sama ke taska. Hari ni pun bermulalah episod meminum EBM sepenuhnya buat Marissa Aisyah. Aku bekalkan 5 botol with 2.5oz each buatnya sehingga petang.
Balik tadi mama di taska tu cakap Amir very protective..Sekejap je lepas aku & ma balik dia terus dtg & duduk disamping adiknya.tengok je semua apa orang buat kat adik dia. Good boy...moga menjadi abang yg bertanggungjawab & dapat menjaga adik dengan baik kelak..InsyaAllah...:)
Balik tadi mama di taska tu cakap Amir very protective..Sekejap je lepas aku & ma balik dia terus dtg & duduk disamping adiknya.tengok je semua apa orang buat kat adik dia. Good boy...moga menjadi abang yg bertanggungjawab & dapat menjaga adik dengan baik kelak..InsyaAllah...:)
Subscribe to:
Posts (Atom)