Monday, December 24, 2012

1st time demam..

Semlm first time dalam hidupnya my little girl demam..suhu badannya masa dibawa ke klinik 38..doc cucuk ubat bontot..balik tu time nak tido Aisyah muntah..mungkin lepas tu dia rasa lega coz dia boleh senyum2 plk after that. Sgat lah manja baby Aisyah ni coz semlm dia tak mau tido atas tilam cam biasa tp nak tido atas dada dlm pelukan ummi. nasib baiklah abg amir tak masuk bilik pun semlm..kalu tak kesian pulak abg amir...mesti jeles..:)

Friday, November 23, 2012

SABAH 23 NOV 2012

Salam,
November 2013 meneruskan aktiviti jalan-jalan ke Sabah bersama dengan keluarga Padhli. Banyak tempat dan lokasi dilawati. Gambar.gambar di Sabah boleh dilihat melalui link di bawah:

GAMBAR

Saturday, October 20, 2012

Saturday, October 13, 2012

Kejutan dari Amir..

Hari ni both Amir & Aisyah aku hantar ke rumah Anum..terpaksa mintak toong dia yg jagakan memandangkan last minit mr hubby baru inform yang dia terpaksa attend 1 event pagi tu.Nasib baik Anum pun free. Awal2 pagi lg dah gerak ke Shah Alam.

Balik je dari ofis trus gi amik diorang kat S.Alam. Abg still lg ada majlis hingga ke petang. So petang tu just lepak 3 beranak di rumah je lah. Around kol 3.30 tu aku masuk bilik nk tidokan Aisyah. Amir ada je kat luar main tab dia. Tiba2 aku terdengar bunyi pintu ditutup..terus aku panggil Amir tapi tak di jawab..cek dlm bilik keliling rumah semua xde..selipar dia pun tak ada..Apa lagi aku pun dah mula x keruan...terasa seperti tercabut jantung..tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku...tubuhku juga tak semena-mena terus menggigil..terus berlari amik tudung & dukung Aisyah..terus aku turun ke bawah guna tangga..Dalam kepala memang duk imagine someone masuk dalam rumah dan dah culik Amir..lari turun tangga pun rasanya macam tak berpijak di bumi nyata..lari & terus lari hingga ke parking..tiba2 ada aunty cina ni panggil..Amoi Amoi...ini lu punya anak ka?? Fuhhhhh...alhamdulillah mmg betul Amir...dia turun lif sorang2..bila ditanya dia nak ke mana katanya nak pergi beli aiskrim..Ya Allah aku sangat2 bersyukur kerana masih mampu berjumpa dengan putera kesayanganku ini..Sehingga saat entry ini ditulis pun aku masih lagi berdebar mengingatkan peristiwa ni...Amir I Love You...Jangan Lah buat Ummi Berdebar macam ni lagi Sayang!

Tuesday, August 14, 2012

Kisah my medela swing..

Al-kisahnya kemarin sgt2 sedih sbb tiba2 medela swing ku x lagi sekuat biasa suction dia..puas di buka & di pasang smula but still the same...belek punya belek nampak lah membrane dia terkoyak tapi tersangat lah kecik..masih lg x percaya tu puncanya..

Balik rumah trus bukok kotak dia cari membrane lain utk ditukar...alhamdulillah ada...trus tukar la..hr ni alhamdulillah medela swing ku dah berfungsi seperti sedia kala.. tak sangka sgt2 koyakkan sekecik tu membawa kesan yg begitu hebat

Wednesday, July 11, 2012

Dugaan...

Di kala post ini ditaip aku masih lagi berada di pejabat..ohhh..orang yang biasa paling panctual keluar dari ofis tapi kini menjadi workholic??? oh no...sampai bilakah episod ini akan berakhir..Ya Allah bantulah hambamu ini...sesungguhnya sedikit tekanan sudah mula dirasai..kuatkan lah semangatku untuk hadapi dugaan dariMu ini Ya Allah...kasihanilah anak2ku yang masih lagi berada di nursery di kala & saat ini.

Friday, July 6, 2012

Kehilangan..

Hari ni berdepan dengan situasi yang paling tidak diduga...aku di uji olehNya dengan kehilangan kereta pertamaku sang merah WMR1257...pagi-pagi lagi dikejutkan dengan kehilangannya. Memang tak pernah terfikir langsung untuk berpisah dengannya dalam keadaan begini apatah lagi aku baru sahaja memilikinya sepenuhnya..Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini dengan dugaanMu ini...walau macam manapun aku tetap redha..

Wednesday, July 4, 2012

Mesin Basuh & Kipas Baru

Hooreyyyy! balik kerja hari ni Abg buat surprise dgn membeli Mesin basuh baru...besar pulak tu..mcm boleh aku membuka kedai dobi..hehe...13kg brand Hitachi. Katanya senang utk basuh toto sekali. Kipas dinding kat bilik Amir pun dibeli sekali di kedai yang sama & terus dipasang oleh pekerja yang hantar barang semalam....TQ Abang...Luv U Very Much!!!

Sunday, July 1, 2012

Tahniah Buat Marissa Aisyah..

Setelah berkali2 mencuba utk meniarap akhirnya berjaya juga dia berpusing hari ni...wah sungguh happy dia bila dapat meniarap tadi tapi bila dipusing & disuruh meniarap lagi dah tak buat. Tengah2 syok ummi duk pakaikan aisyah dress untuk bergambar, letak je dia terus meniarap.

Monday, June 25, 2012

Rezeki dtg mencurah-curah..

Alhamdulillah syukur aku padamu Allah diberikan rezeki mencurah-curah sehari dua ini..Semalam pergi ke rumah Yatie utk ambil hadiah adik & baju2 yang nak diberikan pada Aisyah. Syukur sgt nampaknya Ummi dah x payah belikan baju untuk Aisyah lagi buat masa ni. Datang je ofis pagi ni Jaslyn pulak dtg berikan 2 botol besar Johnson Baby Oil utk kegunaan Aisyah jugak. Pastu tgh hr td, kakakku pula mengofferkan mixer bila aku bagi tahu nak beli mixer. Terima Kasih Ya Allah..agar diperbanyakkan lagi rezeki ku...Amin

Saturday, June 23, 2012

Kenduri Kendara..

Hari ni buat pertama kalinya membawa putera & puteriku ke majlis kenduri perkahwinan anak K.Aina di Ulu Kelang. Alhamdulillah semuanya terkawal.