Saturday, December 20, 2008

Sugar Level Test

Kemarin sekali lagi ke Klinik Kesihatan Ampang untuk ujian kencing manis..appointment kol 8 tapi as usual aku kol 7.30 dah terpacak depan klinik.kol 7.45 masuk dan terus dipanggil utk amik darah...ingatkan ujian ni kena amik air kencing rupanya dgn darah.Mula2 dia amik darah di tangan kanan aku tapi cemana ntah silap lorong darah tak keluar so kena tarik semula jarum..then masuk lagi sekali..baru dpt tu pun skit je. Dia timbang katanya 4.9. then amik lagi sekali belah kiri lak..pastu dia suruh minum air gula 1 gelas...fuh...manis sgt2 lah maklumlah sepeket kecil gula dilarutkan dalam air tu..then dia kata masuk lagi sekali bilik tu kol 10. So aku & abg pun balik la umah dulu...sepanjang tempoh tu aku mesti berpuasa..Pas tu kol 9.30 gi lagi..wah..ngam2 sampai je terus dia panggil dan amik darah belah tangan kanan lagi sekali..huhu..hari ni saja 4 jarum aku kena..xpe lah demi anakku tersayang...

Tuesday, December 16, 2008

5th Check-up

Hari ni gi klinik ada escort..biasa gi sorang je..timbang berat naik 1.7kg jadi 66kg.Firsttime kena suntikan kancing gigi.Tadi nurse let mesin dengar degupan jantung baby..wow..laju sungguh denyutan jantung dia..tiba2 tengah dgr heartbeat dia menendang pulak..Hari jumaat ni sekali lagi kena gi klinik untuk test minum air gula.

Petang gi ke Hospital Pusrawi Jln Tun Razak utk scan..kononnya nak jumpa pakar lah..tu yg gi sana.Sampai around 2.30pm dan appointment kol 3 tapi dekat 3.30pm baru dapat jumpa doc..Awal2 lagi nurse dah tanya x nak buat 4D ke? Fuh..memang nak hasut aku buat 4D la..ingatkan jumpa ngan pakar ni consultation bagus..tapi hampeh..lagi bagus aku gi klinik biasa je..lagi bagus consultation dia..bayaran pun murah sikit..biasa aku scan cikai mcm tu RM40 je tapi kat Pusrawi tu sbb nama dia pakar so jadi lah RM151...hmm..takpelah dah lepas..So sekarang terjawab la..persoalan yg di tunggu...aku bakal melahirkan seorang baby boy..hehe..apa2 pun janji semuanya selamat & sihat nanti...insyaAllah..







Saturday, November 22, 2008

Balik Kampung..

Last 2 days, 19/11/2008 & 20/11/2008 terpaksa amik EL coz need to go back hometown..Balik je kerja malam tu bila call Mek dia kata A.Li teruk dan ramai dtg ziarah, so takkan lah kami x balik..bila Abg call pun dia sendiri suruh balik so malam selasa tu kol 10 terus bertolak balik..OTW 2 kali berhenti tido..kat Benta 3 jam & kat G.Musang 1 jam. Sampai Selising dalam kol 9. Hari ni nampak dia dah OK. Malam tu gi tido umah ma. Pagi esoknya bwk Ma gi tgk A.Li. Balik hantar Ma terus bertolak balik KL...lebih kurang kol 12.30 bertolak..alhamdulillah selamat sampai KL dlm kol 9.

Monday, November 17, 2008

Pening-pening lalat

As usual dtg ofis naik LRT kat stesen Keramat..hari ni lambat skit sampai stesen coz ingatkan x ramai time2 cuti sekolah ni rupanya ramai giler...train ke 3 baru aku dpt naik pagi tadi.. terpaksa berdiri smpi ke stesen Tmn Bahagia..huhu..sedih sungguh..tadi sampai je kat Stesen Tmn Paramount ntah kenapa tetiba kepala pusing & rasa mcm nk muntah & pitam..risau dah. Nasib baik OK semula pas kuar dari train...
Balik ptg ni Abg jemput dan kami terus ke Shah Alam. Anum buat majlis kenduri skit sempena Majlis Khatan Hakim...

Jalan-jalan

Balik ofis last Friday terus singgah fetch ayah kat Hentian Putra..nasib baik dua2 x payah menunggu..good timing..ayah baru sampai aku pun sampai kat Putra..On Saturday..so lucky coz this week x kerja so leh la bwk ayah pusing2..awal2 pagi lagi after breakfast kat kedai juiran kat Ampang Jaya, we went to Pakcik Hamzah's house..awal gila gi umah orang..kol 9.15 dah terpacak depan umah dia..hehe..dia pun baru je nak bfst time tu..so apa lagi kitorg pu join minum2 lagi..lama gak Abg duk borak dgn pakcik dekat 2 jam gak la duk kat umah pakcik.. after that bwk ayah gi jalan2 Genting. Nasib baik x ramai orang walaupun cuti sekolah..dapat rasa baby gerak2. maybe because of tarikan G Abg kata @ mungkin dia happy dapat jalan2.. kitorang naik atas dgn cable car..sampai kat atas ujan rintik2..so xleh nak duk outddor sgt la..just byk pusing kat bhgn indoor game..kol 2.30 turun..pastu bwk ayah gi makan kat gerai @ Kg.Baru then later pergi ke pasar malam Jln TAR. Fuhh...mmg penat la...seharian berjalan..malam baru balik umah.. Hari Ahad tu duk lepak je kat umah. Ptg baru keluar gi Ampang Point jap..kol 7 Anum sampai nak fetch ayah balik umah dia...Hakim berkhatan hari ni.

Friday, November 14, 2008

4th Checkup

Semalam kol 7.40am dah terpacak dpn klinik for checkup...tu pun dah ada 20 org utk ibu mengandung..masuk je terus timbang...huhu..beratku naik lagi 2.6kg berbanding last checkup. maknanya dah 2 kali berturut-turut berat naik..last month naik 2.9kg..semua tu ditanda dgn ink merah..nurse pun dah bagi warning sekali lagi aku gi appointment which will be on 16/12/2008,aku dah kena minum air gula utk test kencing manis...insyaAllah harapnya aku xde la kencing manis tu...

Tuesday, November 11, 2008

10/11/2008

Semalam balik ofis x larat nak masak..so ajak Abg gi dinner kat luar je.. After dinner we all went to Ijam's house to meet M.C.Norma & P.C.Taufik yg nak gi Mekah esok..Ni la first time aku masuk kat PULAPOL Jln Semarak..Mintak tolong makcik doaka moga2 aku selamat bersalin nanti...Insyaallah... Masa dinner dah habis makan nasi grg ayam sepinggan then kat umah Ijam mkn lagi mi grg sepinggan..terkujat Abg tgk aku mkn byk...hehehe.. Balik tu masa solat aku dpt rasa baby gerak kuat, dia pu mungkin terover kenyang kot..

Thursday, October 30, 2008

MC Lagi

Yesterday I was on 0.5day MC.Pagi2 masa nak gi ofis tu mmg dah ada rasa mcm loya2 skit.Tapi buat x tahu je coz ingatkan biasa.Then, sampai di stesen LRT Taman Bahagia bought kue tiaw with peparu.Makan..then lepas tu rasa makin x sedap kat tekak.About 11am SMS Abg kata x sedap bdn. Dia call dan time tu jugak aku muntah kat bilik Accounts tanpa sempat lari ke ladies. Mmg byk gila muntahnya.Semua yg aku mkn pagi tu keluar semua. Nak berckp fon dgn Abg pun xleh tgh muntah..ada la terkena skit pada kertas2 claim form diorang.Habis sampai ke tudung terkena muntah..Then lari masuk toilet. Nak suruh cleaner tolong bersihkan kesian kat dia maklumlah muntah. Kalau aku sendiri pun aku geli apatah lagi org lain so aku pun bersihkan yg besar2 tu guna newspaper. Tgh bersih tu Chia masuk terkejut dia tgk muntah aku. After everything clear tabut bedak pewangi tu atas karpet dan lapik paper coz cleaner kata xleh nak vacuum lagi takut rosak pulak vacuum cleaner. Kena tunggu dia betul2 kering. About 12.40pm Abg dtg amik aku. So hari ni 0.5day lah. Aku bukan setakat muntah saja cirit pun yer gak. Kat ofis saja dah 3 kali ke toilet.


Balik tu singgah lunch kat MZ Darulnaim.Then balik umah je terus tido. Bgn ptg tu masuk toilet lagi.Then gi Klinik Mutiara. Jumpa doc dia kata keracunan coz muntah beserta dgn berak2. Dia bagi la air garam. Alang2 dah jumpa dia aku mintak dia scan sekali. Risau gak coz perut ni sakit & memulas takut effect pada bb aku. Alhamdulillah doc kata everything is OK and looks normal. Doc nak ukr kepala & capture gambar dia pun xleh coz bb terlampau aktif. Asyik gerak x henti2. Ni gambar dia:
Today pun aku still lagi sakit perut so still taking MC for today. Harapnya hari ni pulih sepenuhnya la..Payroll pun lom process lagi.

Tuesday, October 28, 2008

A Tiring Day..

Very tiring hari ni maklumlah sampai je dari kg kol 6.15am tadi terus mandi & bersiap dtg ofis..tu pun nasib baik mlm tadi tido lena dalam bas. Bas mlm tadi drive mmg slow kalau nak di bandigkan masa on the way back Jumaat lepas..yg tu gila laju sampai aku takut dan tido je sepanjang jalan..even Abg yg balik a night after me pun sampai kol 3 lagi kat Kok Lanas. Baru je SMS abg mintak dia fetch hari ni coz letih sgt...xpe lagipun dia bercuti hari ni. esok pun dia still cuti deepavali.

Today is actually Abg's birthday..so sorry sbb x sempat nak beli apa2 prezen lagi..nanti la insyaallah akan ada jugak something special from me. Even pagi tadi hampir2 terlupa. Supposed nak wish at 12am last night tapi tido nak wat cemana..pagi tadi je la sempat wish dgn ciuman..hehehe..

Friday, October 24, 2008

Yeay...Tonite Balik Kg..

Yeay..malam ni balik KB. Balik naik bas Budaya...huhu tapi dalam happy tu ada gak sedihnya sbb x dpt balik dgn Abg..Dia terpaksa tukar tiket malam esok coz tomorrow he got course to attend..tinggallah Abg sorang2 kat rumah malam ni..

Pagi ni aku rasa tubuh x berapa sihat..even malam tadi pun x leh tido sgt coz batuk yang teruk..kol 12.40 tersedar & bgn amik asam jawa utk di hisap..oklah...bertahan kejap. Then kol 4 tersedar lagi...Bgn berkumur dgn air garam lak..Kesian Abg, dia pun terganggu tido nye sbb aku batuk mmg kuat sgt2..

Wednesday, October 22, 2008

Tanggal 22/10/2008

Hari ni kat ofis aku mula menggunakan monitor baru..LCD monitor..baru je bos beli semlm..still rasa agak kekok sbb font dia mcm besar je maklumlah 17".

Semalam waktu solat maghrib rakaat pertama aku dapat rasakan tendangan yang agak hebat la jugak dalam perutku..adakah ni benar2 dinamakan pergerakan bayi yg boleh dirasa oleh ibu?aku pun masih x sure adakah ianya betul2 atau khayalan semata...kalau ikutkan mmg dah boleh rasa la kalau dah masuk 4 bulan ni. Hari ni genap 4 bulan usia kandunganku...alhamdulillah aku masih lagi bertenaga & kuat seperti biasa..Pagi ni aku mula makan Neurogain PB..Harapnya ia akan menjadikan baby aku bijak pandai nanti..insyaAllah..

Raya


Fuhhh..dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni...lately ni aku mmg bz sesangat..maklumlah Syawal pun belum habis..every weekend pun asyik attend open house jek..oklah, ni nak update gambar raya walaupun dah agak lambat...


Friday, September 26, 2008

My story telling...

Ni nak flashback skit citer pasal my pregnancy..Sememangnya aku mmg xreti apa2 pasal tanda2 awal pregnant ni tapi kalau dari pembacaan tu tahu la skit2...maklumlah my 1st experience..Mula2 abg demam..MC beberapa hari. Mmg teruk demamya pergi Klinik Mutiara mula2 tu tapi still tak pulih. Pergi lagi still xde perubahan then after 3 days still not OK aku pun bwk dia gi HKL...Risau gak takut denggi ke apa.Mlm after kerja aku drive gi HKL.Cek darah semua OK no problem...pastu beberapa hari kemudian aku lak demam macam dia...mmg x larat sgt2..mmg collapse terus..abg bwk aku gi Klinik Burhanudin coz aku x nak gi Klinik Mutiara. Doc tny aku pregnant ke? aku ckp la x tahu so dia bg la ubat yg boleh di mkn walaupun pregnant. About 3 days aku dlm keadaan mcm tu..pastu sihat wlpn x sepenuhnya aku mula rasa loya2 dan berpeluh dgn byk sekali.Something is not right with my body..aku pun suspect aku pregnant so beli la pregnancy test kat farmasi neaby my ofis. Balik je umah ptg tu terus test..wow!!! terus aku menjerit panggil abg bila 2 line purple naik...alhamdulillah aku pregnant..terasa mcm nak nangis masa tu..excited sgt rasa..mlm tu terus ajak abg gi Klinik Burhanuddin lagi sekali for confirmation...sekali lagi buat urine test and Yess!!! we are going to be parent soon...doc bagi due date 7/4 tapi kalau pengiraan my sis dia kata 11/4..

Last day kerja..

Yeay...x sabar rasanya nak balik KB esok..tapi bila ingatkan pasal jem tu...adoi! tuhan saje yg tahu.Aku sememangnya dah xde mood nak buat kerja hari ni..Already Raya Mood...

Tuesday, September 23, 2008

Hari yang memenatkan..

Hari ni Let on emergency..so jawabnya seharian la aku akan keletihan hari ni to do everything alone. Hari ni x terasa langsung pergerakan my dear dalam perut ni.

Monday, September 22, 2008

Sadis..

Pagi ni sungguh sadis sekali...Sahur mcm biasa bgn kol 4am.panaskan lauk semua. Kol 4.20am kejutkan abg..Makan sikit tgk2 nasiku mentah...Terpaksalah mkn roti kosong je...Sedih sungguh. mungkin dugaan la tu. Pastu tadi for the first time abg nak gi hantar LRT guna hiway AKLEH tgk2 terlepas sampai ke Jln Tun Razak..Rupanya hiway tu mmg semata mata utk ke KL shj..Terpaksalah kitorang patah balik walaupun sebenarnya dah agak lewat pagi tu.Nasib baik lah masing2 lom terlewat smpi sek & ofis. Hari ni x terasa sgt pergerakan baby..
Balik ptg tadi tgk abg dah siapkan cookies 8 botol..so happy. Maknanya still tinggal 2 botol je la lagi perlu disiapkan sebelum tutup kedai.

Sunday, September 21, 2008

Bisnes Lagi...

Weekend minggu ni just siapkan tempahan cookies je.. Pagi semalam siapkan honey cornflakes. Buat sorang2 coz pagi abg gi sek. After zohor sambung buat cornflakes rock lak..semua beres dalam kol 4.30pm.

Hari ni lak pepagi menghala ke Tesco..kononnya nak cari botol utk choc chips tapi habis, so pusing menghala ke BBA. Beli kat kedai nearby Spectrum. Balik basuh semua baju raya mine, abg, mek, ayah, alia... jemur separuh hari hujan la pulak. kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. After zohor buat adunan choc chips for another 4 bottles new order..alhamdulillah rezeki ku masih ada utk tahun ni..Ptg ni ingat nak buat masak lemak telur itik utk berbuka...

Ptg ni abg dapat lagi sms dari member dio tempahan cookies. so skrg nampak gayanya kena tambah lagi 10 botol utk c.cips...insyaallah sempatlah siap before balik kg.

Friday, September 19, 2008

Bisnes...bisnes..

Ikutkan plan asal this year x nak buat cookies for sale, but nak buat utk sendiri je. Risau takut x sempat kalau amik tempahan byk2 mcm last year coz skrg after ofis aku mmg sgt letih..tapi memendangkan abg mmg bersungguh sungguh kata nak tolong so buat la jugak walaupun x byk..tapi nampaknya menggalakkan jugak...alhamdulillah rezeki. For the 1st try this year mula buat honey cornflakes 1 balang coz member dia nak cepat. Then baru buat choc chips..so sad coz adunan yg 1st tu terlebih masinnya..3 tray x dpt diselamatkan..tapi alhamdulillah dah berjaya repair semula adunan tu...17/9 cuti nuzul quran sehari kami pulun siapkan choc chips. On that day alone berjaya siapkan 550 pieces..leh la send pada customer yg nak cepat tu..semlm terima lagi order lagi 100 pieces..alhamdulillah rezeki..

Thursday, September 18, 2008

2nd check-up

Hari ni seawal 7.20am aku dah ke Klinik for my 2nd check-up. Beratur sampai ke luar pagar coz Klinik not yet open. My weight reduce 1.4kg from 59.2 - 57.8kg. Biasalah puasa..Buat urine test & amik darah kat hujung jari. For the first time in my life I only know that I have O blood type..Hari ni baru refer doc. Dia advise suruh tambahkan berat badan. Tak payah puasa pun xpe katanya tapi aku rasa cam rugi je kalau x puasa coz I don't have any problem so far. Aku request utk scan to see the heartbeat of the baby.Wow....so exciting bila dapat tgk baby dah bergerak-gerak..jantung berdenyut & tangan dia melambai lambai..perut aku pun terasa gerakan makin kuat hari ni. At 11am dah masuk ofis.

1st check-up..7 week image